Skip to main content

Singapura

Lebih 1,000 pelajar sekolah menengah 'ponteng' sekolah lebih 60 hari tahun lalu: MOE

Lebih 1,000 pelajar sekolah menengah tidak hadir ke sekolah sekurang-kurangnya 60 hari pada 2017, menurut perangkaan Kementerian Pendidikan (MOE). Lantaran itu, sebuah pasukan bertindak yang ditubuhkan bagi membantu para pelajar kurang bernasib baik akan memberi tumpuan kepada menangani masalah itu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Nov 2018 05:02PM Dikemas Kini : 03 Nov 2018 10:02PM

SINGAPURA: Lebih 1,000 pelajar sekolah menengah tidak hadir ke sekolah sekurang-kurangnya 60 hari pada tahun lalu, menurut perangkaan Kementerian Pendidikan (MOE).

Lantaran itu, sebuah pasukan bertindak yang ditubuhkan bagi membantu para pelajar kurang bernasib baik akan memberi tumpuan kepada menangani masalah itu.

Bagaimanapun para pekerja sosial berkata remaja-remaja sekarang menghadapi lebih banyak isu dan pendekatan yang diselaraskan perlu untuk menyokong golongan itu.

Para pelajar mengalami perubahan besar apabila memasuki alam sekolah menengah. Ini termasuk persekitaran dan rakan yang baru serta juga tugas sekolah yang bertambah.

Bagi mereka yang datang daripada keluarga kurang bernasib baik, mereka mungkin mendapatinya lebih payah untuk menyesuaikan diri.

Para pekerja sosial yang ditemui Mediacorp juga berkata jurang permulaan yang besar sejak di peringkat prasekolah menjadi salah satu punca mengapa sesetengah pelajar ponteng sekolah.

10 tahun lalu 9.9 peratus daripada 1,000 pelajar sekolah menengah tidak datang sekolah tanpa sebab selama 60 hari atau lebih.

Pada 2017 pula, jumlah itu turun sedikit tetapi masih jauh lebih ramai berbanding murid sekolah rendah. Malah lebih sukar untuk mendorong mereka kembali ke sekolah.

Selain itu para remaja juga mempunyai pendapat sendiri dan kadang kala terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya serta sukar berhubungan dengan ibu bapa.

Lantas, agensi-agensi khidmat sosial menyatakan kumpulan-kumpulan bantu diri perlu menyelaraskan usaha masing-masing dengan lebih baik untuk menangani pelbagai masalah tersebut.

Ini termasuk membantu para pelajar yang ketinggalan dalam bidang pelajaran serta melengkapi ibu bapa dengan kemahiran dan cara pemikiran yang betul untuk membimbing anak remaja mereka.

Meskipun kurang daripada satu peratus pelajar tercicir di peringkat sekolah menengah, pakar-pakar berkata perlu ada sokongan yang tersusun bagi memastikan mereka dapat menimba kemahiran bekerja.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita