'Le Le' nama anak beruang panda pertama dilahirkan di S'pura
Nama tersebut berasal dari nama Shi Le Po, iaitu nama lama Singapura dalam bahasa Cina.
Anak beruang panda Le Le. (Gambar: Mandai Wildlife Group)
SINGAPURA: Anak beruang panda yang pertama dilahirkan di Singapura secara rasmi diberikan nama Le Le.
Nama tersebut didedahkan hari ini di forum antara Singapura dengan China.
Bermula esok (30 Dis), orang ramai boleh melawat anak beruang panda yang berusia empat bulan itu di River Wonders.
Nama tersebut berasal dari nama Shi Le Po, iaitu nama lama Singapura dalam bahasa Cina.
Pada September lalu, orang ramai dijemput untuk memberikan nama kepada bayi panda tersebut dengan saranan-saranan yang diterima disemak oleh sebuah panel hakim.
Le Le mendapat undian tertinggi daripada lima nama yang disenarai pendek.
Hampir separuh daripada lebih 64,000 undian memilih nama tersebut.
Le Le dan ibu bapanya Jia Jia dan Kai Kai dipinjamkan kepada Singapura oleh China selama 10 tahun.
Le Le akan kembali ke China selepas ia berusia dua tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.