Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Le Le buat kemunculan pertama di pameran River Wonders, temani ibunya Jia Jia

Anggaran Waktu Membaca:
Le Le buat kemunculan pertama di pameran River Wonders, temani ibunya Jia Jia

Jia Jia dan Le Le meluang masa bersama di pameran utama pada 3 Mac 2022. (Gambar: Mandai Wildlife Group)

SINGAPURA: Anak beruang panda gergasi pertama Singapura akhirnya bersedia untuk lebih menonjolkan dirinya kepada orang ramai. 

Le Le menyertai ibunya, Jia Jia, di pameran utama di Pameran Hutan Beruang Panda Gergasi di River Wonders pada Khamis (10 Mac). 

Sebelum ini, Le Le diletakkan di sebuah bilik di mana ia membuat kemunculan pertamanya pada 30 Disember tahun lalu.

Menurut kenyataan media Mandai Wildlife Group, beberapa langkah dilakukan untuk memastikan Le Le boleh menyertai ibunya di pameran tersebut. 

Pasukan jagaan haiwan perlu mengalihkan sebarang risiko berpotensi demi memastikan keselamatan anak beruang panda itu.

Misalnya, kawasan air dikeringkan dan kini diselimuti dan beralaskan dedaun serta serpihan kulit kayu. 

Berusia hampir tujuh bulan, Le Le dikatakan gemar meneroka ruangnya dan meluangkan masa bersama Jia Jia sepanjang hari di dalam kandang tertutup. Bahkan, haiwan itu juga berjinak-jinak mencuba peralatan pengayaan diri. 

Le Le dilahirkan pada 14 Ogos 2021 kepada pasangan beruang panda Singapura, Kai Kia dan Jia Jia. Ketika itu, berat badannya adalah sekitar 200 gram. 

Kini sebarat 15.86 kilogram, hari pertama Le Le di pameran ditandakan dengan pendedahan papan maklumat mengenainya.

Turut hadir di acara pendedahan papan maklumat Le Le di Hutan Beruang Panda Gergasi ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Dasar-dasar Ekonomi Heng Swee Keat, Duta Besar Republik Rakyat China Hong Xiaoyong serta Timbalan Pengerusi Mandai Park Holdings Tan Chuan-Jin dan pengerusi Mandai Park Holdings  Suppiah Dhanabalan.

Sumber : CNA/FZ/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan