Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LBKM agih dermasiswa, biasiswa bernilai lebih S$1.8 juta

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) mengagihkan dermasiswa dan biasiswa bernilai S$1,831,360 tahun ini.

Secara keseluruhannya, sebanyak 36 biasiswa dan 1373 dermasiswa diberikan.

Jumlah tersebut merupakan kenaikan empat peratus berbanding S$1,760,265 yang diagihkan pada 2021.

Buat julung-julung kalinya sejak 2017, jumlah kuantum yang diberikan tahun ini dinaikkan antara 7 peratus hingga 50 peratus.

Dermasiswa berjumlah lebih S$1.2 juta disampaikan kepada 550 pelajar dalam majlis Penyampaian Dermasiswa LBKM yang ke-57, di Pusat Konvensyen UE pada Jumaat malam (2 Dis).

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung hadir sebagai tetamu terhormat.

Para penerima merupakan mahasiswa universiti tempatan, luar negara dan juga mereka yang mengikuti pengajian di peringkat siswazah.

Pada tahun ini, LBKM telah membuat semakan yang ketara terhadap kuantum dermasiswa yang diberikan.

Semakan itu dibuat setelah mengambil kira tekanan inflasi serta kos pengajian tinggi yang meningkat.

Peningkatan dalam jumlah kuantum dermasiswa itu merangkumi semua kategori dengan para pelajar di institusi tempatan menerima antara S$2,500 hingga S$3,000 seorang.

Presiden LBKM Dr Syed Harun Taha Alhabsyi berkata: "Kos pendidikan buat sekian lama ini telah meningkat dan LBKM setelah mengkaji kos pendidikan bagi peringkat siswazah dan pos siswazah. merasakan memang ada keperluan untuk kita menaikkan kuantum kita supaya dapat kekal relevan bagi menampung kos pendidikan penerima penerima. Kenaikan kuantum ini dapat kami menampung hanya kerana sifat murah hati penderma penderma kita,
sokongan masyarakat yang padu."

LBKM juga menyaksikan peningkatan sebanyak 12 peratus dalam bilangan penerima yang mengikuti pengajian sambilan.

Gambar: BERITAmediacorp


Salah seorang daripada mereka ialah Encik Muhammad Amirul Faizin Ishak, 27 tahun.

Beliau yang bekerja sebagai pekerja penghantaran sedang mengikuti jurusan Media Digital di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).


"Dermasiswa ini memastikan saya dapat meneruskan pelajaran saya tanpa menangguhkan kursus saya. Tambahan pula, saya baru bertukar kerjaya dan berumahtangga. Dermasiswa ini membolehkan saya memberikan lebih banyak tumpuan di tempat kerja dan juga keluarga," kata beliau.


Menurut LBKM, ia terus komited untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan pendidikan dan pembangunan kemahiran pelajar matang dan individu yang bekerja.

Sumber : BERITA Mediacorp
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan