Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LBKM agih dermasiswa, biasiswa bernilai lebih S$1.4 juta pada 2023

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) mengagihkan biasiswa dan dermasiswa bernilai S$1,444,110 tahun ini.

Di majlis penyampaian dermasiswa LBKM yang ke-58 di Politeknik Republic semalam, dermasiswa berjumlah lebih S$1,179,110 disampaikan kepada 526 pelajar.

LBKM melihat peningkatan sebanyak 48 peratus dalam jumlah penerima biasiswa yang mengikuti pengajian pos siswazah tahun ini.

Para penerima dermasiswa LBKM tahun ini mengikuti pengajian di universiti tempatan dan luar negara dalam pelbagai disiplin seperti pengajian Islam, sains, teknologi dan, kejuruteraan.

PARA PENERIMA INGIN SUMBANG SEMULA KEPADA MASYARAKAT

Antaranya ialah Muhammad Rizal Juhari, 35 tahun.

Bertugas sebagai Penganalisa Kecerdasan, bapa dua orang anak ini perlu mengimbangi kerjaya dan program sambilan Sarjana Sains dalam Pengajian Strategik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Beliau juga pencari nafkah utama dalam keluarga bersyukur dengan dermasiswa yang diberikan demi mencapai impian dalam bidang keselamatan strategik.

"Program sarjana ini memberi kesan yang sangat besar sekali terutama sekali dalam isu-isu geopolitik, isu-isu keselamatan awam dan juga keselamatan serantau. Dengan pembelajaran ini saya dapat menyumbang balik kepada masyarakat," kata Encik Rizal.

Seorang lagi penerima dermasiswa tahun ini ialah Nursarah Suprat, 26 tahun yang sedang mengikuti program Sarjana Sains Sosial dalam bidang Sosiologi dan Antropologi di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Beliau prihatin tentang isu-isu kesihatan wanita terutama dalam kalangan wanita Melayu/Islam.

Kajian yang dilakukannya untuk pengajiannya meliputi berat badan berlebihan dan obesiti.

"Saya harap dengan pengajian saya akan dapat memperbaiki masalah sosial dengan sepenuhnya. Rancangan saya untuk adalah menolong program-program sukarelawan seperti di Mendaki, AMP dan saya harap saya akan jadi 'role model' atau contoh dan memberi strategi supaya pelajar-pelajar yang generasi depan akan dapat cemerlang," kata Nursarah.

Selain penyampaian dermasiswa, sesi perkongsian dengan beberapa penerima lalu juga diadakan.

Ia sebahagian usaha LBKM untuk meluaskan lagi rangkaian dalam kalangan para penerima di samping membuka peluang untuk mereka berkhidmat kepada masyarakat.

Ia sebahagian usaha LBKM untuk meluaskan lagi peluang dan rangkaian buat para penerimanya di samping membuka peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Pada tahun ini, kami bekerjasama dengan Majlis Belia Kebangsaan (NYC) dan juga Pasukan Belia Singapura untuk memberi peluang kepada penerima-penerima biasiswa LBKM untuk terus menyumbang kepada masyarakat, bukan sahaja di kalangan Melayu/Islam tetapi di peringkat nasional juga," kata Presiden LBKM, Dr Syed Harun Taha Alhabsyi.

SIFAT DERMAWAN PENDERMA LBKM DIPUJI

Buat julung-julung kalinya, majlis turut mengiktiraf sumbangan para penderma.

Tetamu terhormat Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menyeru para penerima biasiswa supaya menyumbang semula kepada masyarakat.

"Anda telah tampil ke hadapan untuk menyumbang masa dan bakat untuk membimbing orang-orang yang anda bantu, untuk berkhidmat kepada masyarakat melebihi apa yang diperlukan. Kita bukan sahaja prihatin tentang bagaimana kita maju secara individu, tetapi juga sebagai sebuah masyarakat," kata Encik Chan.


LBKM sudah mengagihkan lebih S$32 juta kepada lebih 37,000 pelajar, sepanjang 58 tahun.
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan