LBKM agih dermasiswa, biasiswa bernilai lebih S$1.3 juta pada 2024, umum geran penyelidikan S$10,000 kepada Club Rainbow SG
Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) mengagihkan biasiswa dan dermasiswa bernilai S$1,332,100 tahun ini.
SINGAPURA: Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) mengagihkan biasiswa dan dermasiswa bernilai S$1,332,100 tahun ini.
Di majlis penyampaian dermasiswa LBKM yang ke-59 di Sekolah Kesenian Singapura (SOTA) hari ini (16 Nov), dermasiswa berjumlah S$1,029,600 disampaikan kepada 479 pelajar.
LBKM turut mengumumkan geran penyelidikan bernilai S$10,000 kepada Club Rainbow Singapore.
Ini sejajar dengan misinya untuk mempromosikan inklusiviti dan kesejahteraan dalam masyarakat.
Geran itu akan menyokong usaha Club Rainbow dalam memberikan sokongan kepada kanak-kanak dan keluarga yang menghadapi cabaran kesihatan yang serius.
RINGANKAN BEBAN KEWANGAN PELAJAR
Dermasiswa LBKM menjadi sumber bantuan kewangan yang sangat berharga bagi ramai pelajar, seperti Mohammed Izzat Saifuddin, 21 tahun.
Izzat, pelajar tahun pertama Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Nasional Singapura (NUS), meraih manfaat besar daripada Dermasiswa LBKM.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.