Lazada tidak maklumkan pemberhentian kerja kepada kesatuan pekerja, namun perlukah syarikat SG berbuat demikian?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Google Map)
SINGAPURA: Ketika Lazada memberhentikan kakitangannya awal bulan ini tanpa memaklumkan kesatuan pekerja, ia tidak hanya mencetuskan kemarahan kesatuan itu, ia juga membangkitkan soalan sama ada syarikat di Singapura diperlukan untuk berbuat demikian.
Kakitangan syarikat e-dagang itu menganggarkan bahawa kira-kira 100 kakitangan diberhentikan.

Selepas berita pemberhentian kerja itu tersebar, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Kesatuan Sekerja Makanan, Minuman dan Sekutu (FDAWU) meluahkan kekecewaan bahawa ia tidak berunding dengannya lebih awal.
SYARIKAT "TIDAK BOLEH KETEPIKAN" KESATUAN PEKERJA
Meskipun syarikat di Singapura yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 kakitangan harus memaklumkan kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sebelum ia memberhentikan kakitangannya, tiada implikasi undang-undang akan berlaku jika ia tidak memaklumkan kepada kesatuan pekerja.
Walau bagaimanapun, garis pandu tiga pihak terhadap "amalan bertanggungjawab" bagi pemberhentian kerja termasuk mencapai persetujuan dengan kesatuan pekerja mengenai pampasan dan bagaimana kakitangannya dipilih untuk diberhentikan bekerja.
Meskipun syarikat tidak diwajibkan untuk berbincang dengan NTUC, kesatuan tersebut sudah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan syarikat-syarikat mengenai isu pemberhentian pekerja, kata Dr Cheew Soon Beng, seorang profesor ekonomi dan hubungan perindustrian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Seperti contoh, jika NTUC mengetahui tentang niat sesebuah syarikat untuk memberhentikan beberapa ratus kakitangannya, ia akan menguhubungi syarikat tersebut untuk mencari jalan mengurangkan jumlah kakitangan yang terjejas, kata Dr Chew, yang sudah mengarang beberapa penerbitan berkaitan kesatuan pekerja.
"Syarikat-syarikat besar tidak boleh mengetepikan NTUC" terutamanya jika mereka memberhentikan sejumlah besar kakitangannya, tambah Dr Chew. Sebagai pusat pusat kesatuan pekerja nasional tunggal di Singapura, NTUC bekerja rapat dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan agensi-agensi kementerian lain.
"Ia mungkin meninggalkan kesan berterusan, di mana syarikat lain akan mengikut kelakuan tersebut yang menyebabkan lebih banyak pengangguran dan cabaran sosial," kata Dr Xu Le, seorang penysyarah di Jabatan Strategi dan Dasar di Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).
Syarikat yang tidak berada di bawah kesatuan pekerja juga digalakkan untuk melibatkan pertubuhan tiga pihak dan meminta bimbingan sebelum melakukan pemberhentian kerja, kata Encik Aslam Sardar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sumber Manusia Karyawan.
FAEDAH PEMBERHENTIAN KERJA: APAKAH AMALAN BIASA?
Kakitangan Lazada yang diberhentikan kerja memberitahu bahawa mereka akan menerima gaji dua minggu bagi setiap tahun mereka berkhidmat.
Faedah pemberhentian kerja tidak wajib di bawah Akta Pekerjaan. Sebarang faedah yang diterima oleh kakitangan yang diberhentikan bergantung kepada kontrak pekerjaan kakitangan dan dasar syarikat, kata Dr Faizal Yahya dari Institut Kajian Dasar (IPS).
Amalan yang biasa adalah untuk membayar gaji antara dua minggu dengan sebulan bagi setiap tahun mereka berkhidmat, bergantung kepada kemampuan kewangan syarikat dan industri.
Dalam syarikat yang berada di bawah kesatuan pekerja, di mana pampasan pemberhentian kerja dinyatakan dalam perjanjian kolektif, amalan biasa adalah sebulan gaji bagi setiap tahun mereka berkhidmat.
PAMPASAN LAZADA "DI BAWAH PIAWAI PASARAN"
Meskipun pampasan Lazada berada di dalam skala yang dicadangkan, persatuan kerja itu menganggapnya kurang daripada yang dicadangkan disebabkan kemampuan kewangan syarikat tersebut.
Dr Xu berkata bahawa syarikat lain melaksanakan pakej pemberhentian yang "lebih murah hati". Seperti contoh, Google dilaporkan menawarkan sekurang-kurangnya gaji pemberhentian 16 minggu semasa tempoh pemberhentian kerjanya pada Januari lalu.
Selain pampasan lebih rendah daripada yang dijangkakan, kesatuan pekerja juga mendapati bahawa bantuan dan sokongan pekerjaan ditawarkan Lazada kepada pekerjanya yang terjejas tidak mencukupi.
Sokongan tersebut boleh termasuk perkhidmatan penempatan, kaunseling, surat rujukan, bantuan mencari pekerjaan alternatif dan peluang latihan selepas tamat kerja.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.