LawSoc sahkan Tan Cheng Han sebagai presiden bagi 2026
Persatuan Peguam Singapura (Law Society of Singapore, LawSoc) pada Rabu (24 Dis) mengumumkan para pemegang jawatannya bagi 2026, sekali gus memuktamadkan pelantikan Profesor Tan Cheng Han sebagai presiden.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persatuan Peguam Singapura (Law Society of Singapore, LawSoc) pada Rabu (24 Dis) mengumumkan para pemegang jawatannya bagi 2026, sekali gus memuktamadkan pelantikan Profesor Tan Cheng Han sebagai presiden.
Encik Dinesh Singh Dhillon, yang sebelum ini bersetuju untuk berundur daripada jawatan presiden pada awal bulan ini, akan berkhidmat sebagai salah seorang daripada dua naib presiden majlis tersebut.
Seperti yang diumumkan pada 17 November, Encik Daniel Koh Choon Guan kekal sebagai seorang lagi naib presiden bagi 2026, manakala Cik Peggy Sarah Yee May Kuen akan berkhidmat sebagai bendahari.
Anggota lain bagi majlis 2026 kekal tidak berubah. Mereka ialah: presiden semasa Lisa Sam, yang tempoh perkhidmatannya berakhir tahun ini; Encik Lim Seng Siew; Encik Joseph Liow Wang Wu; Encik Samuel Chacko; peguam kanan Blossom Hing Shan Shan; Encik Michael Chia Soo; Encik Nicholas Jeyaraj Narayanan; Encik Ramesh Selvaraj; Encik Khelvin Xu Cunhan; Encik Choo Zheng Xi; Cik Christine Low Ying Li; Encik Benjamin Foo Guo Zheng; Encik Darryl Chew Zijie; Encik Thaddaeus Aaron Tan; Cik Phoon Wuei; Cik Mori Ong; dan Encik Arthur Lim Jun Da.
Majlis 2026 itu terdiri daripada 21 orang peguam, termasuk empat pemegang jawatan.
Di bawah Akta Kerjaya Undang-undang, majlis tersebut terdiri daripada anggota yang dipilih serta anggota berkanun.
Lima belas anggota dipilih oleh ahli LawSoc. Anggota selebihnya merupakan anggota berkanun dan boleh merangkumi presiden terdahulu serta sehingga tiga anggota yang dilantik oleh Menteri Undang-Undang dan sehingga tiga yang dilantik oleh majlis tersebut.
Cik Yee, Encik Lim Seng Siew dan Encik Xu merupakan lantikan majlis, manakala Cik Hing, Encik Nicholas Jeyaraj dan Encik Dhillon dilantik oleh Menteri Undang-Undang.
Dalam satu kenyataan media, Prof Tan, seorang perunding kanan di Wong Partnership, mengucapkan terima kasih kepada para ahli atas keyakinan yang diberikan kepadanya.
“Memandangkan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi kerjaya ini, yang turut dihadapi oleh industri lain, masih banyak yang perlu kita lakukan.
“Namun, kita boleh membina usaha yang telah dilaksanakan oleh majlis-majlis terdahulu. Saya berterima kasih atas sumbangan mereka dan ingin merakamkan penghargaan khusus kepada Presiden Lisa Sam dan anggota majlis 2025 atas usaha cemerlang mereka,” kata beliau.
Prof Tan, yang merupakan seorang peguam kanan, berkata beliau optimistik bahawa “kebijaksanaan, tenaga dan semangat setiakawan kolektif profesion guaman” akan membolehkan warga guaman “mengharungi cabaran baharu dengan baik”.
“Kita berada pada tahap terbaik apabila kita bersatu-padu, sama ada kita sependapat dengan sepenuhnya atau sebaliknya. Perbezaan pandangan mengukuhkan kita dengan memastikan keputusan yang akhirnya dibuat adalah mantap dan dipertimbangkan dengan teliti,” tambah beliau.
Pelantikan yang dimuktamadkan itu menamatkan pertikaian selama beberapa minggu berhubung jawatan presiden persatuan tersebut bagi 2026.
Encik Dhillon sebelum ini dipilih oleh majoriti majlis LawSoc yang terdiri daripada 21 anggota sebagai presiden yang bakal dilantik. Ini selepas LawSoc mengadakan pilihan raya tahunannya bagi memilih majlis 2026 pada Oktober.
Beliau merupakan bakal presiden pertama yang merupakan seorang anggota berkanun, yang dilantik oleh Menteri Undang-Undang ke dalam majlis tersebut.
Pelantikannya mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan sebahagian peguam, dengan beberapa daripada mereka mengedarkan notis permintaan untuk mengadakan sebuah mesyuarat agung luar biasa (EGM). Mereka mencadangkan satu resolusi supaya majlis memilih seorang presiden yang diundi oleh ahli LawSoc.
EGM tersebut akhirnya diadakan pada Isnin, dengan majoriti lebih 500 peguam yang hadir mengundi untuk menyokong satu ketetapan yang antara lain merangkumi persetujuan Encik Dhillon untuk berundur daripada jawatan presiden yang dilantik.
Dalam dokumen tersebut, Encik Dhillon bersetuju untuk berundur “demi mengekalkan perpaduan” Badan Guaman dan “kebimbangan yang sah” yang dibangkitkan. Dokumen itu turut mengakui tiada isu berkaitan kebebasan atau kecekapan Encik Dhillon.
Resolusi itu menyatakan bahawa Prof Tan akan mengambil alih peranan tersebut. Ia juga dipinda untuk menyatakan bahawa presiden persatuan haruslah merupakan seorang anggota majlis yang dipilih.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.