LawSoc lantik Jason Chan sebagai presiden baharu
Anggaran Waktu Membaca:
Jason Chan Tai-Hui, presiden ke-28 Persatuan Guaman Singapura. (Gambar: LawSoc)
SINGAPURA: Persatuan Guaman Singapura (LawSoc) mengumumkan pada Ahad (23 Jul) pelatikan Encik Jason Chan sebagai presiden barunya, menyusuli pemergian presiden sebelumnya, Adrian Tan, awal bulan ini.
Encik Chan, 46 tahun, merupakan naib presiden LawSoc. Penggal beliau sebagai presiden ke-28 akan bermula serta-merta sehingga 31 Disember tahun ini, menurut LawSoc.
Sebagai peguam kanan di firma Allen & Gledhill, Encik Chan bersama-sama memimpin peguam kolar putih dan amalan penyiasatan syarikat itu.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai peguam negara dan timbalan pendakwa raya di Pejabat Peguam Negara (AGC), dan juga seorang penolong pendaftar di Mahkamah Agung.
Mendiang Encik Tan, yang meninggal dunia pada 8 Julai setelah lebih setahun bertarung dengan penyakit barah, menjadi presiden LawSoc pada 1 Januari 2022.
Beliau dikenali dengan komen-komennya berhubung topik-topik meluas dari penderitaan peguam muda akibat tekanan luar biasa hingga isu-isu awam seperti perkauman dan mandat vaksin.

Persatuan Guaman mewakili para peguam dan menegakkan piawai kerjaya peguam di Singapura.
Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.