LawSoc gesa Lim Tean digugurkan sebagai peguam kerana pegang S$30,000 milik anak guam
Anggaran Waktu Membaca:
Lim Tean di Mahkamah Negara pada 12 Mei 2022. (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)
SINGAPURA: Persatuan Guaman Singapura (LawSoc) pada Jumaat (23 Jan) menggesa Mahkamah Tiga Hakim untuk menggugurkan peguam Lim Tean daripada senarai peguam atas tindakannya mengendalikan wang berjumlah S$30,000 milik seorang bekas anak guam.
Lim, 61 tahun, berhujah bahawa beliau sepatutnya hanya dikenakan denda jika perlu dihukum. Beliau mempersoalkan mengapa LawSoc tidak memanggil anak guam tersebut untuk memberi keterangan dan mendakwa bahawa beliau bertindak berdasarkan arahan anak guamnya.
Lim sebelum ini didapati bersalah oleh tribunal disiplin atas dua tuduhan salah laku melampau kerana sengaja menyimpan cek berjumlah S$30,000 daripada anak guam yang sudah menamatkan khidmat Lim.
Ahli politik pembangkang itu juga gagal memasukkan cek tersebut ke dalam akaun anak guam firma guamannya. Kes itu terbongkar selepas anak guam tersebut, Encik Suresh Kumar A Jesupal, membuat aduan.
Beliau melantik Lim, yang ketika itu adalah seorang peguam berpengalaman selama 30 tahun dari Carson Law Chambers, untuk mewakilinya dalam tuntutan bagi kemalangan kenderaan bermotor pada Oktober 2018.
Penghakiman bagi kes tersebut dikeluarkan kira-kira setahun kemudian, yang memberikan S$50,000 kepada Encik Suresh. Wang berjumlah S$30,000 dibayar oleh Willy Tay Chambers, peguam bagi AXA Insurance, kepada Lim dan firmanya sebagai bayaran sementara bagi jumlah penyelesaian kepada Encik Suresh seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.
Namun, Encik Suresh Kumar memutuskan untuk menamatkan khidmat Lim sebagai peguamnya dan melantik Joseph Chen & Co untuk mewakilinya pada 13 November 2019.
Meskipun surat sudah dihantar kepada Carson Law Chambers oleh Joseph Chen & Co yang menyatakan bahawa Lim mesti menarik diri daripada mewakili Encik Suresh, Lim tetap menyimpan S$30,000 tersebut dan memasukkannya ke dalam akaun bank firma, bukannya akaun anak guam yang dikhaskan untuk menyimpan wang milik anak guam.
LawSoc pada mulanya mengusulkan tuduhan ketiga yang mendakwa Lim menyalahgunakan wang S$30,000 itu dengan gagal atau cuai untuk membayarnya kepada Encik Suresh Kumar.
Namun, LawSoc menarik balik tuduhan itu selepas Encik Suresh Kumar enggan memberi keterangan bagi pihak pendakwa yang dianggap perlu oleh pihak pendakwa.
Pada Jumaat (23 Jan(, peguam bagi LawSoc, Encik Chenthil Kumarasingam, memohon hukuman untuk menggugurkan Lim, atau sebagai alternatif, hukuman penggantungan.
MENGAPA SURESH TIDAK DIPANGGIL?
Mahkamah Tiga Hakim mengemukakan beberapa soalan kepada Encik Chenthil mengenai kesnya, terutamanya mengapa LawSoc tidak memanggil Encik Suresh sebagai saksi.
Encik Chenthil menjelaskan bahawa perbicaraan bukti asal ditangguhkan sekali kerana Encik Suresh menjalani pembedahan.
Sejurus sebelum perbicaraan yang dijadualkan semula, beliau menyatakan tidak sanggup lagi untuk menyertai prosiding tersebut, namun tidak menyatakan sebabnya.
Hakim Besar Sundaresh Menon bertanya mengapa Encik Suresh tidak dikenakan perintah hadir mahkamah. Encik Chenthil berkata pihaknya berpendirian bahawa bukti dokumen sedia ada sudah mencukupi bagi dua tuduhan pertama, dan keterangannya dianggap "tidak perlu" untuk kedua-dua tuduhan tersebut.
Tuduhan ketiga yang menuduh Lim menyalahgunakan wang itu ditarik balik kerana dianggap tidak adil untuk meneruskannya jika Encik Suresh tidak tampil untuk memberi keterangan.
PEMBELAAN LIM
Lim, yang mewakili dirinya sendiri, memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan mengenai tuduhan kedua berkaitan penyimpanan wang ke dalam akaun pejabat dan bukannya akaun anak guam.
"Saya rasa penjelasan saya selama ini adalah jelas. Ini adalah kes tuntutan kemalangan kenderaan bermotor pertama yang saya kendalikan, dan saya tidak mahir melakukannya. Saya diminta untuk melakukannya," katanya.
"Sekiranya difikirkan kembali, saya sepatutnya tidak perlu mengambil kes itu tetapi saya tetap mengambilnya. Jika saya tahu (bahawa ia memerlukan akaun anak guam), saya akan menolaknya... Firma saya tidak pernah beroperasi dengan akaun anak guam."
Mengenai tuduhan pertama, beliau berkata dakwaan utama adalah beliau bertindak bagi pihak anak guam walaupun telah khidmatnya sudah ditamatkan. Beliau berkata Encik Suresh adalah "saksi yang paling penting" untuk menentukan sama ada penamatan perkhidmatannya dibuat secara jelas, namun beliau tidak memberi keterangan dan tidak disoal balas.
Lim mendakwa Encik Suresh memberitahunya bahawa beliau masih mahu Lim bertindak sebagai peguamnya dan Encik Suresh berkata beliau mahukan wang tersebut.
Lim berkata beliau memberikan sebahagian besar wang itu kepada Encik Suresh dan pemiutang Encik Suresh, sambil menunjukkan slip pengakuan yang ditandatangani oleh mereka berdua.
Ditanya mengapa beliau tidak bertanya kepada Encik Joseph Chen mengenai penggantiannya sebagai peguam Encik Suresh, Lim berkata: "Saya mahu berterus-terang. Secara peribadi, saya mempunyai rasa jijik terhadap Encik Joseph Chen, ketika itu dan sehingga sekarang."
Beliau mendakwa Encik Chen menulis "surat yang sangat banyak" kepadanya setiap hari, dan Lim jarang membalasnya kerana mempunyai "pandangan tertentu" terhadap lelaki itu.
Lim menjelaskan bahawa S$30,000 itu bukan bayaran muktamad tetapi bayaran sementara. Beliau berkata jumlah penyelesaian keseluruhan adalah S$50,000, dan Encik Suresh sering bertanya bila beliau boleh mendapatkan baki jumlah tersebut.
"Saya, sebagai orang baharu, saya tidak tahu, jadi saya bertanya kepada Willy Tay - peguam bagi syarikat insurans - dia kata anda akan mendapatnya sekitar minggu pertama Disember. Suresh terus mengganggu saya. Saya terus memberitahunya wang itu akan sampai ke tangannya. Apabila wang itu tidak tiba pada 6 Disember, sekali lagi dia menukar peguam. Bagi saya, inilah urutan peristiwa yang berlaku," kata Lim.
Beliau berkata ini adalah kes kemalangan pertamanya dan beliau "tidak tahu tentang rangka kerja perundangan" tetapi tertekan untuk melakukannya.
Beliau menambah bahawa Encik Suresh menukar tiga atau empat peguam sebelum ini dan beliau diminta oleh rakannya untuk membantu kerana Encik Suresh tidak mempunyai wang, lalu beliau "tanpa usul periksa, membantunya."
"Malah, sayalah orang yang kerugian wang sendiri," kata Lim.
"Kerana walaupun mahkamah memberikan S$18,000, dan kemudian saya rasa Joseph Chen pergi berunding dengan Willy Tay dan dia mendapat S$15,000. Saya tidak mendapat satu sen pun daripada kos tersebut sehingga hari ini.
"Beliau berkata jika beliau dikenakan hukuman, denda yang sangat kecil "dan tidak lebih daripada itu" harus diberikan.
Lim juga menyatakan bahawa beliau didakwa secara berasingan di Mahkamah Negara atas tuduhan pecah amanah jenayah berkaitan wang S$30,000 itu, tetapi pihak pendakwa meneruskan tuduhan lain terhadapnya menjalankan amalan peguam tanpa lesen.
Tuduhan pecah amanah itu tertangguh sejak itu dengan beberapa kali penangguhan oleh pihak pendakwa, dakwa Lim.
Dalam persidangan pra-perbicaraan terbaharu, pihak pendakwa meminta penangguhan selama setahun kerana Encik Suresh tidak sihat dari segi perubatan untuk hadir ke mahkamah, dakwa Lim lagi.
"Saya meminta hakim daerah untuk membatalkan tuduhan itu. Saya katakan ini tidak masuk akal," kata Lim. "Disebabkan tuduhan ini saya diberkas pada 2020, sekarang sudah enam tahun, tiada apa yang berjalan dan mereka meminta penangguhan selama setahun."
Lim berkata beliau juga berdepan satu lagi kes gangguan.
Awal sebelum itu, beliau memohon maaf kepada mahkamah atas penyerahan dokumen yang lewat, dengan menyatakan bahawa beliau tidak sihat sejak lewat Julai kerana menghidap keadaan yang dikenali sebagai status migrainosus dan dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali.
Keadaan itu menyebabkan beliau mengalami migrain harian yang teruk dengan serangan berlaku selama 72 jam atau lebih, katanya.
"Kerja saya di mahkamah bergerak sangat perlahan dan ia memerlukan usaha yang besar serta banyak paracetamol setiap hari untuk bangun, dan saya memohon maaf," katanya.
Walaupun Hakim Besar berkata tindakan itu "sangat tidak memuaskan" kerana sepatutnya menjadi "budi bicara asas" bagi Lim untuk memaklumkan perkara itu kepada mahkamah, beliau menerima permohonan maaf tersebut dan mengambil maklum bahawa bahan yang dikemukakan adalah ringkas.
Mahkamah menangguhkan penghakiman dan akan mengumumkan keputusannya pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Selain prosiding ini, Lim dijatuhi hukuman penjara enam minggu dan denda S$1,000 pada Februari tahun lalu kerana mengamalkan undang-undang tanpa sijil yang sah. Beliau menyatakan akan merayu terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.