Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LawSoc diarah bayar balik Christopher de Souza lebih S$32,000 selepas dibebaskan dari salah laku profesional

Anggaran Waktu Membaca:
LawSoc diarah bayar balik Christopher de Souza lebih S$32,000 selepas dibebaskan dari salah laku profesional

Anggota Parlimen Christopher James de Souza. (Gambar: Facebook/Christopher de Souza)

SINGAPURA: Persatuan Guaman Singapura (LawSoc) diarahkan untuk membayar balik lebih S$32,000 bagi kos kepada Anggota Parlimen Christopher James de Souza, selepas Encik de Souza, 47 tahun, dibebaskan daripada tuduhan salah laku profesional sebagai peguam.

Encik de Souza sebelum ini, diarahkan untuk membayar jumlah yang sama kepada LawSoc bagi prosiding tribunal disiplin yang dibawa terhadapnya bagi tuduhan salah laku.

Peguamnya, Peguam Kanan Tan Chee Meng dan Encik Calvin Ong dari WongPartnership, berkata dalam satu kenyataan kepada Mediacorp pada Selasa (7 Nov) bahawa beliau berasa "rendah diri" dengan keputusan tersebut dan benar-benar lega dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Encik de Souza kini dibenarkan untuk "terus memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya yang banyak - kepada keluarga, negara dan khidmat guamannya", jelas mereka.

Tribunal disiplin mendapati Encik de Souza, yang juga merupakan Timbalan Speaker Parlimen, sebelum ini bersalah membantu anak guamnya menyekat bukti dari mahkamah.

Namun, Mahkamah Tiga Hakim menolak dapatan tersebut dan membebaskan Encik de Souza dari salah laku pada Julai, sambil menyatakan bahawa ia jelas bagi mereka bahawa Encik de Souza tidak berhasrat membantu anak guamnya menyekat bukti.

Anak guam Encik de Souza melanggar akujanjinya kepada mahkamah dengan menggunakan dokumen maklumat dan sulit, yang telah diperoleh melalui perintah mahkamah untuk menjalankan pencarian dokumen dengan syarat ia hanya boleh digunakan untuk saman Mahkamah Tinggi.

Namun, anak guamnya sebaliknya, menggunakan beberapa dokumen untuk membuat laporankepada pelbagaipihak berkuasa termasuk polis.


Peguam-peguam Encik de Souza mendedahkan bahawa AP bagi GRC Holland-Bukit Timah itu "gembira bahawa hal tersebut akhirnya selesai dan lega beliau sudahpun benar-benar dibebaskan daripada tuduhan".


Mediacorp sudahpun menghubungi LawSoc untuk mengulas.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan