Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LawSoc beri amaran penipuan libatkan firma guaman palsu, penyamaran peguam

Pada April, sebuah firma guaman palsu dipanggil "Goh Keng Law Firm" didapati menggunakan gambar-gambar peguam sebenar dibubuhkan nama-nama palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
LawSoc beri amaran penipuan libatkan firma guaman palsu, penyamaran peguam

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 28 May 2021 10:27PM Dikemas Kini : 28 May 2021 10:28PM

SINGAPURA: Pada April, sebuah firma guaman palsu dipanggil "Goh Keng Law Firm" didapati menggunakan gambar-gambar peguam sebenar dibubuhkan nama-nama palsu.

Kemudian pada bulan ini, sebuah laman palsu didapati kononnya mewakili rangkaian antarabangsa sebuah firma guaman setempat yang sah, yang dikaitkan dengan nama sebuah bandar di China.

Dalam kedua-dua kes, para penipu akan meminta bayaran komitmen daripada klien sebelum mengendalikan sebarang hal perundangan.

Ini adalah kes terbaru dalam kalangan tujuh kes penipuan membabitkan firma guaman palsu dan penyamaran peguam sepanjang tiga tahun lalu, menurut Persatuan Undang-Undang Singapura (LawSoc) pada Jumaat (28 Mei).

Kes-kes penipuan juga meningkat sejak kebelakangan ini dan ia amat menimbulkan keprihatinan kerana tahap "kecanggihan dan penyamaran" dalam kes-kes terbaru ini, menurut LawSoc.

Walaupun ini belum lagi menyebabkan kerugian kewangan bagi para bakal klien-klien di sini, sistem kehakiman lain menyaksikan kenaikan dalam jumlah kes sedemikian yang menyebabkan kerugian "sangat besar" kepada syarikat-syarikat dan orang awam.

Presiden LawSoc Gregory Vijayendra berkata di United Kingdom, firma guaman di sana kerugian lebih £700,000 (S$1.31 juta) pada separuh pertama 2019 disebabkan oleh kes pencurian identiti dan taktik penyamaran.

"Jangan selalu percaya apa yang anda lihat, disebabkan oleh tahap kecanggihan dan tiruan dalam contoh-contoh firma guaman palsu," kata Encik Vijayendran.

"Dari segi psikologi para peguam mungkin karyawan yang dipercayai, (lalu) orang ramai mungkin amat terdedah kepada penipuan yang mengambil kesempatan daripada kepercayaan yang diberikan terhadap kerjaya perundangan untuk menyasarkan orang awam yang tidak mengesyaki perbuatan itu."

Kes-kes penipuan lain yang terbongkar sepanjang beberapa tahun lalu termasuk skim pencurian data, yang mana para penipu menggunakan emel atau pesanan teks untuk memperdaya individu lain supaya menyerahkan maklumat kepada mereka.

BAGAIMANA UNTUK CEGAH PENIPUAN

Bagi mencegah penipuan sedemikian, Encik Vijayendran berkata anak guam perlu sentiasa periksa dengan peguam mereka jika mereka menerima sebarang emel meminta pemindahan wang, sebelum membuat bayaran sedemikian.

"Ini lebih penting lagi jika terdapat permintaan untuk bayaran segera... Jangan tergesa-gesa membuat bayaran tersebut, periksa dengan peguam anda dahulu," katanya.

Beliau menambah bahawa orang ramai harus periksa dengan peguam mereka jika mereka menerima sebarang arahan mengenai pemindahan dana yang menyimpang daripada perhubungan terakhir mereka, sebelum mengambil tindakan.

Para bakal klien juga perlu mengesahkan emel yang dikatakan dihantar oleh peguam atau firma guaman dengan melakukan pemeriksaan dengan direktori rasmi peguam dan firma guaman di laman web ini.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan