Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawrence Wong "versi Gen Z" tarik perhatian di TikTok

Anggaran Waktu Membaca:
Lawrence Wong "versi Gen Z" tarik perhatian di TikTok

(Gambar: Tangkapan skrin video @teocyrus/TikTok)

Diterbitkan : 16 Jun 2022 10:21PM Dikemas Kini : 16 Jun 2022 10:21PM

SINGAPURA: Adakah ini versi Gen Z Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong? 

Seorang pengguna TikTok bernama Cyrus yang mukanya serupa dengan Encik Wong menarik perhatian ramai di platform perkongsian video itu dengan memuat naik video yang menunjukkan mukanya berubah menjadi wajah ahli politik itu. 

Empat video yang dimuat naiknya sepanjang dua bulan yang lalu memaparkan remaja itu mengambil video dirinya dan kemudian menindih gambar Encik Wong ke atasnya, menggabungkan raut  wajah mereka kepada gambar Encik Wong di penghujung video itu. Kesan perubahan ini — di mana pencipta kandungan mengubah diri mereka menjadi selebriti untuk melihat wajah terkenal yang serupa dengan mereka  — merupakan trend popular di TikTok pada tahun 2020.

Rata-rata warga net terhibur dengan video-video Cyrus, dengan ramai yang berkata betapa kedua-dua pemuda itu dan Encik Wong kelihatan serupa. Salah satu komen yang disukai lebih 700 orang memberinya gelaran "Lawrence Wong versi Gen Z". 

Sesetengah warga net juga cuba menarik perhatian Encik Wong untuk menonton ciptaan perubahan bentuk  wajah "anak lelakinya yang telah lama hilang".

"Encik, anda boleh tambah jumlah belanjawan untuk 2022?" tanya salah seorang pengguna TikTok. 

"Lawrence Wong daripada Taobao," kata seorang lagi, merujuk kepada pasaran e-dagang yang berpangkalan di China. 

Cyrus kemudian mula memuat naik lebih banyak kandungan TikTok di mana beliau menjadi watak Encik Wong dalam pelbagai senario, seperti menggunakan Apple Pay yang menggunakan sistem pengecaman muka jika beliau menggunakan iPhone menteri itu, misalnya. 

Namun, setakat ini, Encik Wong nampaknya belum sedar tentang remaja yang mempunyai wajah yang serupa dengannya.

Sumber : Today/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa