Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawrence Wong: Menteri Kewangan S'pura dan ketua pasukan 4G PAP

Anggaran Waktu Membaca:
Lawrence Wong: Menteri Kewangan S'pura dan ketua pasukan 4G PAP

Menteri Kewangan Lawrence Wong. (Gambar: PAP)

Diterbitkan : 14 Apr 2022 09:28PM Dikemas Kini : 14 Apr 2022 09:30PM

SINGAPURA: Menteri Kewangan Lawrence Wong membentangkan ucapan Belanjawannya yang pertama pada 18 Februari, sekali gus mengumumkan langkah-langkah untuk mencarta hala tuju negara. 

Pada Khamis (14 Apr), beliau diumumkan sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP). 

Menteri Kabinet mengesahkan pemilihan Encik Wong selepas satu proses perundingan dan keputusan itu disokong oleh semua Anggota Parlimen Pemerintah. 

Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan pada Khamis (14 Apr). 

Mr Wong, 49 tahun, kali pertama dipilih sebagai Anggota Parlimen pada Mei 2011. Beliau dipilih semula pada September 2015 dan Julai 2020. 

Sepanjang menceburi bidang politik, beliau telah menyandang jawatan di Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Kementerian kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Kementerian Pendidikan (MOE). 

Semasa pandemik COVID-19 melanda Singapura, beliau merupakan sosok yang membuat  pengumuman utama sebagai pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF). 

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), Encik Wong meraih ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang ekonomi dari Universiti Wisconsin-Madison dan Universiti Michigan-Ann Arbor. 

Encik Wong juga merupakan timbalan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) selain anggota Lembaga GIC, Majlis Ekonomi Masa Depan (FEC), Majlis Kajian, Inovasi dan Keusahawanan (RIEC) dan juga Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF). Beliau juga adalah pengerusi bersama Majlis Kerjasama Menyeluruh Singapura-Shanghai. 

Encik Wong memulakan kerjayanya  sebagai seorang kakitangan awam, dan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dan juga Ketua Setiausaha Sulit kepada PM Lee. 

Beliau juga adalah pengerusi Yayasan Masyarakat PAP (PCF) dan menyumbang kepada pergerakan buruh selaku pengerusi Yayasan Buruh Singapura (SLF) serta penasihat kepada Kesatuan Pekerja Tenaga dan Gas (UPAGE). 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan