Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawrence Wong lakukan lawatan rasmi pertama ke Brunei selaku Timbalan Perdana Menteri SG

Timbalan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong akan melakukan lawatan ke Brunei Darussalam dari Rabu (18 Jan) hingga Khamis.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong akan melakukan lawatan ke Brunei Darussalam dari Rabu (18 Jan) hingga Khamis.

Ini merupakan lawatan rasminya yang pertama ke negara itu selaku Timbalan Perdana Menteri Singapura, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Encik Wong akan bertemu dengan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah, serta Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah, yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri.

Beliau juga akan bertemu dengan Putera Abdul Mateen serta penasihat khas kepada Sultan dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Awang Isa, dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Kewangan dan Ekonomi Amin Liew.

Selain itu, Encik Wong juga akan mengadakan pertemuan dengan anggota masyarakat Singapura di Brunei, menurut PMO.

Encik Wong, yang juga merupakan Menteri Kewangan, akan diiringi oleh Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan di samping para pegawai dari Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Singapura pada Ogos lalu.

Kedua-dua negara memeterai empat Memorandum Persefahaman (MoU) dan mengesahkan "hubungan istimewa yang sudah terjalin sejak sekian lama".

Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah juga sebelum ini melakukan lawatan rasmi ke Singapura pada Ogos lalu, di mana beliau memimpin sebuah delegasi ke Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei yang kelapan - iaitu sebuah wadah utama bagi pemimpin muda dari Singapura serta Brunei untuk berinteraksi dan menjalin rangkaian.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan