Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawrence Wong gariskan 4 strategi bagi masa depan pendidikan di S'pura

Satu semakan ke atas program kerja sambil belajar akan dijalankan bagi memastikan semua lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik, dapat menimba kemahiran yang boleh dipadankan antara minat pelajar dengan keperluan majikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2020 08:08PM Dikemas Kini : 03 Dec 2020 09:25PM

SINGAPURA: Satu semakan ke atas program kerja sambil belajar akan dijalankan bagi memastikan semua lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik, dapat menimba kemahiran yang boleh dipadankan antara minat pelajar dengan keperluan majikan.

Menurut Menteri Pendidikan Lawrence Wong, semakan tersebut akan dipimpin Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman.

Semakan program untuk para lulusan ITE dan politeknik itu diumumkan Encik Wong semasa majlis meraikan ulang tahun ke 115 Universiti Nasional Singapura (NUS), pada Khamis (3 Dis).

Encik Wong menggariskan empat strategi bagi masa depan pendidikan di Singapura.

Salah satu strategi itu adalah menawarkan pelbagai laluan untuk mencapai kejayaan, selain menerusi pendidikan tinggi, iaitu menerusi laluan kemahiran dan kejuruan.

Satu lagi strategi tambah Encik Wong adalah meningkatkan usaha membantu golongan pelajar yang kurang bernasib baik.

Ini termasuk menambah pelaburan dalam kajian dan pengembangan R&D bagi meningkatkan sokongan pembelajaran.

Encik Wong turut menambah pentingnya untuk membangunkan sikap dan kemahiran para pelajar selain menerusi buku.

Ini bermakna memanfaatkan kekuatan seperti daya kreativiti dan kerjasama.

Beliau juga menekankan pembelajaran rentas disiplin dan perlunya mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan