Lawrence Wong, Desmond Lee pertama kali dipilih ke dalam CEC PAP
Dua menteri yang secara berasingan menerajui langkah-langkah tindak balas Singapura terhadap pandemik COVID-19 dan semakan pilihan raya Parti Tindakan Rakyat (PAP) dipilih buat kali pertama ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAP (CEC).

(Gambar: Facebook/Lawrence Wong, Desmond Lee)
SINGAPURA: Dua menteri yang secara berasingan menerajui langkah-langkah tindak balas Singapura terhadap pandemik COVID-19 dan semakan pilihan raya Parti Tindakan Rakyat (PAP) dipilih buat kali pertama ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAP (CEC).
Mereka yang dipilih pada Ahad (8 Nov) untuk menganggotai CEC ke-36 ialah Menteri Pendidikan Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 dan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, yang menerajui semakan pilihan raya umum parti tersebut.
Encik Wong dan Encik Lee sebelum ini dilantik ke dalam CEC ke-35 pada 2018.
Ketua Buruh dan mantan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng tidak dipilih semula ke dalam CEC tahun ini. Encik Ng hilang kerusinya di Parlimen setelah pasukan beliau di GRC Sengkang dikalahkan oleh pasukan Parti Pekerja dalam pilihan raya umum Julai lalu.
Anggota-anggota lain yang dipilih semula ke dalam CEC ialah:
Perdana Menteri Lee Hsien Loong
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing
Menteri Kesihatan Gan Kim Yong
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu
Menteri Undang-Undang K Shamugam
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli
Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung
Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan
Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin
Dua lagi anggota dilantik ke dalam CEC. Mereka adalah Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah dan Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo. Cik Rajah sebelum ini dipilih ke dalam CEC, dan Cik Teo dilantik ke dalam CEC ke-35 dalam pemilihan 2018.
Persidangan parti PAP yang diadakan dua tahun sekali, diadakan di beberapa tempat di sebabkan langkah selamat COVID-19.
Lebih 3,000 kader parti berkumpul sama ada secara maya atau berkumpulan di beberapa lokasi, termasuk NTUC Centre di Raffles Place.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.