Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawrence Wong berpotensi jadi Perdana Menteri hebat dengan gaya tersendiri, kata Tharman Shanmugaratnam

Anggaran Waktu Membaca:
Lawrence Wong berpotensi jadi Perdana Menteri hebat dengan gaya tersendiri, kata Tharman Shanmugaratnam

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 14 Apr 2022 11:28PM Dikemas Kini : 15 Apr 2022 07:51AM

SINGAPURA: Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial Tharman Shanmugaratnam berkata Menteri Kewangan Lawrence Wong memiliki ciri-ciri untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dan hebat.

Ini terutama sekali dalam mencarta hala tuju dan mencorak masa depan Singapura.

Dalam catatan Facebooknya pada Khamis (14 Apr), Encik Tharman turut menyifatkan Encik Wong sebagai seorang individu yang bijaksana, berdedikasi dan "berkeupayaan untuk membuat keputusan yang sukar". 

"Dan setelah mengenali Lawrence, saya pasti beliau akan mendapat kepercayaan rakyat Singapura dengan caranya yang tersendiri dan menjadi seorang Perdana Menteri dengan ciri-cirinya yang tersendiri juga," ujar Encik Tharman. 

Tambah Encik Tharman, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dan anggota-anggota lain pasukan 4G membawa kekuatan dan dedikasi masing-masing, namun amat berdedikasi untuk berkhidmat demi Singapura dan rakyatnya. 

Justeru, beliau yakin Encik Wong akan dapat memimpin pasukannya dengan cekap dan beliau juga boleh mendapatkan nasihat dan sokongan padu Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan para menteri yang lain. 

Pada masa yang sama, Encik Tharman berkata tugas untuk memimpin Singapura bukan berakhir di sini sahaja. 

"Pemerintah harus terus memperbaiki diri dan mencari jalan untuk membantu membuat kehidupan orang ramai lebih baik lagi, serta membantu setiap kanak-kanak mendapatkan peluang yang terbaik dalam kehidupan tanpa mengira latar belakang keluarga mereka," ujar Encik Tharman. 

Encik Tharman berharap para AP akan berganding bahu dalam masa-masa yang sukar ini, namun tetap memberi ruang untuk menerima pendapat dan pandangan yang baru dan berbeza, sekali gus memainkan peranan untuk mencari kaedah baru bagi menjadikan Singapura lebih berdaya tahan untuk generasi akan datang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan