Lawrence Wong akan lakukan lawatan rasmi pertama ke M'sia sebagai Timbalan Perdana Menteri
(Gambar: Sonny Tumbelaka/AP)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong akan melakukan lawatan ke Malaysia dari Ahad (4 Sep) sehingga Rabu (7 Sep), umum Pejabat Perdana Menteri pada Ahad (4 Sep).
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Encik Wong ke Maysia sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau dilantik untuk menyandang jawatan tersebut pada Jun.
Encik Wong, yang juga adalah Menteri Kewangan, akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob.
Beliau juga akan bertemu dengan Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein, rakan sejawatannya Menteri Kewangan Tengku Zafrul Azizi, Ketua Bank Negara Malaysia Nor Shamsiah Mohd Yunus serta para ahli politik dan tokoh perniagaan negara itu.
Encik Wong akan diiringi oleh para pegawai dari Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.