Lawatan percuma ke bandar kembali buat penumpang transit di Changi; tawar atur cara baru
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penumpang yang singgah ke Lapangan Terbang Changi dan mempunyai beberapa jam terluang kini boleh mendaftarkan diri bagi
lawatan percuma ke bandar. Antara lawatan yang ditawarkan termasuk bersiar-siar ke estet Tampines.
Changi Airport Group (CAG), Singapore Airlines (SIA) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Isnin (3 Apr) melancarkan semula 'Free Singapore Tour' yang digantung buat seketika selama dua tahun kerana pandemik COVID-19.
Lawatan keempat yang membawa pengunjung ke bahagian timur Singapura diumumkan hari ini, sekali gus menambah kepada tiga lawatan sedia ada yang diperbaharui.
Setiap lawatan diadakan selama dua setengah jam dan dibuka kepada para penumpang yang sedang melakukan persinggahan di Lapangan Terbang Changi, dengan tempoh persinggahan sekurang-kurangnya lima setengah jam tetapi kurang dari 24 jam.
JELAJAH DAERAH BARU CHANGI
Bahagian pertama lawatan baru tersebut termasuk membuat perhentian di Bandar Baru Tampines - yang digambarkan di laman web pelancongan itu sebagai "contoh perumahan bermutu tinggi, berkepadatan tinggi dan boleh dimampui". Ini di samping lawatan ke Taman Tampines Central dan Hab Tampines Kita, iaitu sebuah kompleks masyarakat dan gaya hidup yang bersepadu.
Lawatan itu "menawarkan secebis gambaran tentang cara kehidupan penduduk tempatan dan menceritakan kisah sejarah Singapura di bahagian negara ini, jauh dari hiruk-pikuk di pusat bandar Singapura", menurut kenyataan bersama oleh CAG, SIA serta STB .
Lawatan tersebut juga akan merangkumi lawatan ke tarikan Perang Dunia Kedua(WWII), Gereja Kecil dan Muzium Changi, Changi Village serta Taman Changi.
ATUR CARA YANG DIPERBAHARUI
Tempat tarikan yang baru juga ditambah kepada tiga lawatan lain.
Pelawat yang mengikuti 'Jewel Tour' boleh mencuba makanan ringan tempatan daripada jenama-jenama tempatan seperti Tong Garden, manakala lawatan 'City Sights Tour' akan termasuk lawatan ke tugu peringatan negara seperti Jambatan Anderson dan Padang, yang baru-baru ini dikenal pasti sebagai calon berpotensi Tapak Warisan Dunia UNESCO yang seterusnya di Singapura.
Jelajah Warisan, yang tersedia mulai Jun, pula akan menampilkan tarikan di kawasan Chinatown dan Arab Street.
'Free Singapore Tour' diperkenalkan pada tahun 1987 sebagai satu cara untuk menjadikan Lapangan Terbang Changi lebih menarik sebagai sebuah hab persinggahan, lantas meletakkan Singapura sebagai destinasi percutian untuk para penumpang yang melakukan persinggahan di sini.
Lebih 80,000 penumpang menyertai lawatan 'Free Singapore Tour' pada 2019, dengan pelawat dari India dan Australia membentuk lebih sepertiga daripada jumlah keseluruhan peserta.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.