Lawatan maya gantikan kegiatan wisata cuti sekolah bulan Jun
Lawatan berpandu di dalam mahupun luar negara tidak dapat dilakukan semasa cuti sekolah sekarang kerana pandemik COVID-19.
SINGAPURA: Lawatan berpandu di dalam mahupun luar negara tidak dapat dilakukan semasa cuti sekolah sekarang kerana pandemik COVID-19.
Ini mendorong beberapa syarikat untuk menawarkan lawatan secara maya semasa langkah kewaspadaan dipertingkat.
Little India dikenali sebagai antara kawasan paling rancak dengan kegiatan di Singapura.
Lawatan berpandu di alam maya selama setengah jam khusus untuk seisi keluarga semasa cuti bulan Jun, menerima sambutan baik.
Ia bermula dengan melihat lukisan dinding yang dinamakan CattleLand.
Karya-karya seni lain pula menceritakan tentang kisah para pedagang yang tinggal di sini beberapa dekad lalu.
Lawatan itu juga termasuk sesi melukis bersama seorang guru seni di studio.
Walaupun pelancongan maya semakin popular, Persatuan Pelancongan Nasional Singapura (NATAS) menyatakan sejumlah besar syarikat masih menghadapi cabaran.
Sesetengah agensi terpaksa memberhentikan pekerja kerana sekatan perjalanan yang berpanjangan.
Sungguhpun begitu pelancongan maya di dalam dan luar negara tetap dapat memenuhi permintaan pelanggan sehingga keadaan pandemik bertambah baik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.