Skip to main content

Singapura

Lawatan ke rumah jagaan warga emas digantung 2 minggu lagi hingga 24 Oktober: MOH

Lawatan ke rumah jagaan warga emas digantung lagi hingga 24 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (5 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lawatan ke rumah jagaan warga emas digantung 2 minggu lagi hingga 24 Oktober: MOH
(Gambar: CNA)
Diterbitkan : 05 Oct 2021 08:00PM Dikemas Kini : 05 Oct 2021 08:01PM

SINGAPURA: Lawatan ke rumah jagaan warga emas digantung lagi hingga 24 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (5 Okt).

Ini setelah beberapa kelompok jangkitan baru dikesan di beberapa kemudahan jagaan warga emas sepanjang dua minggu lalu serta jumlah kes COVID-19 dalam masyarakat yang terus meningkat, menurut MOH dalam satu kenyataan media.

"Ini sejajar dengan fasa penstabilan dan akan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dari masyarakat ke rumah-rumah jagaan warga emas," menurut MOH.

Ia menambah bahawa pelanjutan itu akan memberi lebih banyak masa kepada warga emas di rumah-rumah jagaan untuk mendapatkan vaksin atau suntikan dos perangsang.

MOH mengumumkan pada bulan lalu bahawa semua lawatan ke rumah jagaan warga emas digantung dari 13 September hingga 11 Oktober, menyusuli sejumlah kes COVID-19 dalam kalangan kakitangan dan penghuni.

MOH pada Selasa juga menggesa waris kepada warga emas yang belum divaksin di rumah jagaan warga emas supaya menyokong dan menggalakkan mereka agar mendapatkan vaksin.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita