Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawatan hospital dan rumah jagaan dihadkan sedang kes COVID-19 meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
Lawatan hospital dan rumah jagaan dihadkan sedang kes COVID-19 meningkat

Anggota kakitangan dan pejalan kaki dilihat di luar Hospital Tan Tock Seng di Singapura pada 30 Apr 2021. (Gambar: Calvin Oh/CNA)

SINGAPURA: Langkah-langkah pengurusan selamat bagi pelawat di semua wad hospital dan rumah jagaan akan diperketat untuk empat minggu sedang kes tempatan COVID-19 semakin meningkat.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (12 Okt).

Dari 14 Oktober hingga 10 November, pesakit di hospital hanya dibenarkan menerima dua pelawat yang sudah didaftar sepanjang tempoh mereka berada di hospital.

Hanya satu daripada pelawat tersebut akan dibenarkan bersama pesakit pada satu-satu masa.

"Pesakit yang sakit tenat akan dibenarkan sehingga lima pelawat yang sudah didaftar, dan dua pelawat boleh berada bersama pesakit pada satu-satu masa," menurut MOH dalam kenyataan medianya.

Tempoh lawatan dihadkan kepada 30 minit.

Bagi kes-kes tertentu, seperti pesakit tenat, pesakit pediatrik, ibu yang akan atau baru sahaja melahirkan, dan pesakit yang memerlukan sokongan jagaan tambahan, pelawat akan dibenarkan berada bersama pesakit melebihi tempoh 30 minit bergantung kepada setiap kes dan budi bicara hospital, tambah MOH.

Penghuni rumah jagaan pula dibenarkan mempunyai sehingga empat pelawat yang sudah didaftar, dan hanya seorang yang boleh melawat pada satu-satu masa dihadkan kepada 30 minit, menurut MOH.

"Kami meminta pemahaman pelawat bahawa lawatan mungkin akan digantung sekiranya rumah tersebut sedang menguruskan pesakit COVID-19. Anggota keluarga penghuni boleh menghubungi rumah jagaan untuk maklumat lanjut," tambah kementerian itu lagi.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan