Skip to main content

Singapura

Lawatan Edwin Tong ke China dari 24 hingga 29 Mei akan kukuhkan hubungan undang-undang & komersial

Anggaran Waktu Membaca:
Lawatan Edwin Tong ke China dari 24 hingga 29 Mei akan kukuhkan hubungan undang-undang & komersial
Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Edwin Tong. (Gambar: BERITA Mediacorp)
Diterbitkan : 24 May 2026 05:05PM Dikemas Kini : 24 May 2026 05:06PM
  • Menteri Undang-Undang Singapura, Edwin Tong, memulakan lawatan rasmi ke China pada 24 Mei untuk memperkukuh hubungan undang-undang dan komersial antara kedua-dua negara.
  • Lawatan ini melibatkan mesyuarat dengan pusat timbang tara di Shanghai dan Shenzhen yang sedang mempertimbangkan untuk membuka operasi di Singapura.
  • Edwin Tong turut merasmikan pejabat baharu SIAC di Beijing dan menghadiri sambutan ulang tahun ke-10 pejabat SIAC di Shanghai.
  • Sepanjang lawatan, beliau juga dijadualkan bertemu dengan pemimpin kanan China di beberapa bandar utama.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Singapura mahu mengeratkan hubungan undang-undang dan komersial dengan China, sedang Menteri Undang-Undang Edwin Tong memulakan lawatan rasmi ke negara itu pada Ahad (24 Mei).

Antara agenda beliau ialah mesyuarat bersama pusat timbang tara di Shanghai dan Shenzhen yang sedang meneroka rancangan untuk menubuhkan operasi di Singapura.

Encik Tong juga akan melakukan lawatan ke Beijing dan Tianjin.

Antara acara utama sempena lawatan Encik Tong ialah perasmian Pejabat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura (SIAC) yang baharu di Beijing, yang merupakan pejabat keduanya di China, serta sambutan ulang tahun ke-10 Pejabat SIAC di Shanghai.

Encik Tong berkata kesemua ini mencerminkan hubungan perundangan dan komersial yang kukuh antara kedua-dua negara.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin kanan China sepanjang lawatan tersebut.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita