Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawatan bertemu penduduk diteruskan semasa CNY; AP lebih berwaspada demi hindar risiko jangkitan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Feb 2022 07:34PM Dikemas Kini : 06 Feb 2022 08:59PM

SINGAPURA: Pandemik COVID-19 tidak menghalang para Anggota Parlimen (AP) untuk menemui para penduduk di kawasan-kawasan undi mereka.

Ramai AP terus melakukan lawatan bertemu penduduk pada hujung minggu ini sempena Tahun Baru Cina.

Kegiatan itu diteruskan meskipun jumlah kes harian COVID-19 melonjak ke paras lima angka buat dua hari berturut-turut sejak Jumaat (4 Feb). 

Pada awal minggu ini, dua AP diuji positif COVID-19.

Anggota Parlimen MacPherson, Cik Tin Pei Ling, mula melakukan lawatan bertemu penduduk selepas disahkan  negatif COVID-19 menerusi ujian pantas antigen (ART).

Beliau membuat keputusan untuk meneruskan tradisi yang diamalkannya setiap Tahun Baru Cina. 

Namun lawatan tahun ini agak berbeza sedang varian Omicron menular pantas dalam kalangan masyarakat. 

"Dahulu kami memberikan coklat dalam bentuk duit syiling. Tahun ini, kami tidak melakukannya bagi mengurangkan sentuhan antara satu sama lain, kata Cik Tin. 

Sebaliknya, Cik Tin dan pasukannya mengagihkan risalah bagi memaklumkan para penduduk mengenai sesi Bertemu Penduduk yang diadakan secara online. 

AP Sengkang He Ting Ru pula menyatakan menerusi muatan ke Facebook bahawa penularan varian Omicron menjadi kebimbangan utama para penduduk kawasan undi beliau.

Pasukannya juga menerima maklum balas mengenai isu-isu seperti inflasi. 

Bagi AP Yio Chu Kang Yip Hon Weng pula, beliau lebih berhati-hati untuk bertemu secara langsung dengan para penduduknya.

Ini memandangkan 30 peratus penduduk kawasan beliau berusia lebih 60 tahun yang lebih mudah mengalami kesan serius jika dijangkiti COVID-19. 

Encik Yip berkata bahawa beliau hanya akan melakukan lawatan bertemu penduduk setelah jumlah kes merosot. 

Bagaimanapun para penduduk masih boleh menghubungi beliau melalui telefon, emel dan wadah media sosial.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan