Skip to main content

Singapura

Lawatan berbasikal ke tapak tentera sebahagian usaha NHB papar kisah Penjajahan Jepun

Lawatan berbasikal yang baharu akan membawa para pengayuh basikal melalui tapak-tapak seperti Berek Gillman dan Pasir Panjang dan ia bukan setakat lawatan biasa-biasa sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Lawatan berbasikal ke tapak tentera sebahagian usaha NHB papar kisah Penjajahan Jepun
Diterbitkan : 17 Feb 2024 01:55PM
SINGAPURA: Lawatan berbasikal yang baharu akan membawa para pengayuh basikal melalui tapak-tapak seperti Berek Gillman dan Pasir Panjang dan ia bukan setakat lawatan biasa-biasa sahaja.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Lembaga Warisan Negara (NHB) untuk menceritakan semula kisah silam perang Singapura.

Lawatan itu akan membawa para peserta menyusuri benteng pertahanan Buona Vista, yang menampilkan tapak-tapak yang memainkan peranan penting dalam perjuangan terakhir Singapura sebelum kecundang di tangan Jepun, yang menjajah negara ini dari 1942 hingga 1945.

Selain meneroka tapak-tapak bersejarah yang mungkin tersembunyi dari khalayak ramai, para peserta juga akan mempelajari kisah di sebalik mercu tanda Singapura daripada para pakar warisan yang menjadi pemandu pelancong.

Lawatan itu adalah antara lebih daripada 25 program yang disediakan untuk mmperingati ulang tahun ke-82 Singapura kecundang semasa Perang Dunia Kedua.

Acara-acara di bawah program tahunan Battle for Singapore akan berlangsung dari Sabtu (17 Feb) sehingga 3 Mac.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita