Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan simulasi dijalankan di Koswe Johor bagi VTL darat S'pura-M'sia

Latihan simulasi bagi laluan darat skim Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) antara Singapura dengan Malaysia dijalankan di Koswe Johor hari ini (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Latihan simulasi dijalankan di Koswe Johor bagi VTL darat S'pura-M'sia

Gambar: Twitter/Khairykj

Diterbitkan : 23 Nov 2021 05:22PM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 05:24PM

KUALA LUMPUR: Latihan simulasi bagi laluan darat skim Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) antara Singapura dengan Malaysia dijalankan di Koswe Johor hari ini (23 Nov).

Demikian menurut Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin.

Dalam satu catatan di Twitter pagi tadi, menteri itu menulis: "Para pegawai dari Malaysia dan Singapura sedang melaksanakan 'dry run' (latihan simulasi) bagi pembukaan VTL yang diusulkan melalui Koswe Johor."

"Pembukaan sempadan itu amat dinanti-nantikan oleh para penduduk kedua-dua negara. Harap ia berjalan lancar," tambah beliau.

Kedua-dua negara juga sedang dalam perbincangan untuk membuka semula sempadan darat itu.

Sabtu lalu (20 Nov), Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura Gan Kim Yong berkata sempadan darat itu akan dibuka menjelang hujung November dan perinciannya masih sedang ditetakan.

Encik Gan juga berkata VTL darat "mungkin" dilancarkan "pada hari yang sama" dengan VTL udara yang sudahpun dirancang antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 November.

Di bawah protokol-protokol VTL Singapura, para pelawat yang lengkap divaksin boleh memasuki Singapura dengan menaiki pesawat yang ditetapkan dan menjalani ujian-ujian COVID-19 berbanding kuarantin atau Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Kuota harian bagi skim laluan perjalanan untuk semua negara-negara VTL adalah 10,000 pelawat.

Bercakap di persidangan Dewan Undangan Negeri pada Ahad (21 Nov), Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata 1,440 individu dijangka akan menggunakan laluan perjalanan antara Johor dengan Singapura pada minggu pertama pelaksanaan VTL darat.

Beliau menambah kerajaan negeri Johor dan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memperkukuhkan lagi prosedur-prosedur ujian COVID-19 di pusat-pusat pemeriksaan sempadan darat sebelum pelaksanaan itu.

Encik Hasni juga berkata pihak berkuasa akan menjalankan "ujian perintis" bagi VTL antara Johor dengan Singapura sebelum mengumumkan protokol-protokol itu.

Sebelum sekatan-sekatan sempadan dikuatkuasakan angkara pandemik, sekitar 300,000 rakyat Malaysia akan menyeberangi Koswe setiap hari untuk bekerja. Sebilangan rakyat Singapura juga akan menggunakan Koswe bagi kegiatan riadah seperti bercuti dan membeli-belah.

Namun, Encik Gan, pada Sabtu lalu berkata keadaan tidak mungkin akan kembali seperti sebelum pandemik ketika beratus-ratus ribu individu akan ulang-alik antara Singapura dengan Johor Bahru setiap hari.

"Kita akan bemula dengan jumlah yang kecil, dengan kuota yang terhad," kata beliau.

"Keutamaannya sebenar-benarnya adalan untuk membolehkan keluarga-keluarga yang terpisah buat kian lama sejak COVID-19 bermula...untuk kembali bersama anggota keluarga mereka." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan