Skip to main content

Singapura

Latihan senjata api di Akademi Home Team guna teknologi maklum balas masa nyata

Latihan menggunakan senjata api untuk pegawai polis tempatan kini lebih canggih.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Oct 2020 06:49PM Dikemas Kini : 25 Oct 2020 10:29PM

SINGAPURA: Latihan menggunakan senjata api untuk pegawai polis tempatan kini lebih canggih.

Akademi Home Team kini mempunyai satu sistem baru yang dapat memberikan maklum balas hampir serta-merta sewaktu latihan menembak menggunakan peluru hidup.

Sistem itu mempunyai alat sensor dan kamera yang memantau perkara-perkara seperti cara pelatih mengawal pernafasan dan memegang pistol semasa menembak.

Kamera-kamera dan alat sensor itu dapat mengenal pasti empat perkara yang perlu diberi perhatian.

Pengendalian senjata - untuk mengesan pergerakan sasaran sebelum, semasa atau selepas tembakan dilepaskan.

Kaca or cermin mata pintar pula memantau tumpuan seseorang anggota dan mengesan sama ada matanya berkedip semasa menembak.

Cara pelatih berdiri dan mengawal pernafasan semasa menjalani latihan menembak juga dipantau.

Para jurulatih kemudian menggunakan maklumat-maklumat itu bagi membantu pelatih-pelatih meningkatkan prestasi.

Sebelum ini, mereka hanya bergantung pada tanda-tanda peluru di papan sasaran.

Lebih 200 pegawai polis berpeluang mencuba sistem latihan itu yang sedang diuji sehingga Februari akan datang.

Ia akan dibuka kepada lebih ramai pegawai barisan hadapan Home Team selepas itu.

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita