Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan pemulihan bagi lelaki yang hamilkan 3 temanita, serang salah seorang mangsa

Mangsa termuda berusia 12 tahun ketika kesalahan dilakukan dan kemudian menggugurkan kandungan.

Anggaran Waktu Membaca:
Latihan pemulihan bagi lelaki yang hamilkan 3 temanita, serang salah seorang mangsa

(Gambar hiasan: Ekaterina Bolovtsova/Pexels)

Diterbitkan : 19 Nov 2021 12:00PM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 12:01PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 21 tahun yang menyebabkan tiga teman wanitanya hamil - dua daripadanya bawah umur - hari ini (19 Nov) dijatuhi hukuman latihan pemulihan selama setahun.

Latihan pemulihan adalah hukuman yang lebih berat daripada probesen yang menahan pesalah yang lebih muda dalam sekitaran berstruktur dengan penekanan kepada pemulihan.

Pesalah itu, yang tidak boleh didedahkan namanya atas arahan mahkamah untuk melindungi mangsa, didapati tidak sesuai untuk menjalani probesen.

Dia mengaku bersalah pada Julai atas empat dakwaan melakukan penembusan seksual ke atas kanak-kanak bawah 16 tahun dan satu pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela, dengan 17 dakwaan lain diambil kira.

Mangsa paling muda, yang berusia 12 tahun ketika kesalahan itu dilakukan, sudah menggugurkan kandungannya, manakala dua lagi kanak-kanak perempuan berusia 15 dan 18 tahun melahirkan anak.

Lelaki itu bertemu mangsa termuda di Instagram pada Januari 2019. Dia berusia 18 tahun ketika itu, manakala mangsa memberitahunya bahawa dia berusia 12 tahun menginjak 13 tahun.

Mereka kemudian bertemu pada bulan yang sama di rumah pesalah, di mana dia melakukan kesalahan penembusan seksual terhadap mangsa.

Dia sedang disiasat atas kesalahan itu apabila dia melakukan hubungan seksual dengan gadis itu sekali lagi di tangga pada Februari 2019.

Pada 30 April 2019, gadis itu didapati hamil 10 minggu. Dia menggugurkan janin itu pada Mei dan ujian paterniti mendapati pesalah itu "99.9999 peratus berkemungkinan" adalah bapa kepada kandungan itu.

Pada bulan yang sama, pesalah itu mendaftar untuk Perkhidmatan Negara tetapi terus berjumpa dengan gadis tersebut, yang tinggal bersama ibunya.

Dia melakukan hubungan seks dengan mangsa sekali lagi semasa tidur di rumah remaja perempuan itu pada Jun 2019.

Pesalah itu mula menjalin hubungan dengan mangsa kedua, seorang gadis berusia 18 tahun, dari Ogos 2019 hingga September 2020. Dia bergaduh dengan mangsa di luar rumahnya pada Januari 2020 dan menampar pipi mangsa serta menendang bahagian bawah pinggangnya.

Pada Mac 2020, mangsa mendapati dia hamil dengan anak kepada lelaki itu dan bersalin empat bulan kemudian.

Pesalah itu juga mengaku melakukan kesalahan lebih awal pada 2017, apabila dia melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun di tangga.

Mereka melakukan hubungan seks dua atau tiga kali sebulan sehingga mereka berpisa, dan remaja itu mendapati pada awal 2018 bahawa dia hamil dengan anak lelaki itu.

Pihak hospital melaporkan kes kehamilan bawah umur itu kepada polis pada 7 Mac 2018. Remaja itu kini sedang menjaga anaknya.

Atas setiap dakwaan penembusan seksual kanak-kanak bawah umur, pesalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda atau rotan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan