Latihan pegawai Home Team terus dipertingkat melalui teknologi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA
SINGAPURA: Sama ada untuk meningkatkan kemahiran digital ataupun memanfaatkan teknologi, generasi pegawai Home Team seterusnya perlu siap bagi masa hadapan.
Peralatan-peralatan yang akan digunakan untuk meningkatkan latihan dan pembelajaran pegawai Home Team didedahkan di Seminar Pelan Kerja tahunan Akademi Home Team pada Selasa (2 Mei).
Antaranya termasuk peralatan yang digunakan untuk memantau dengan teliti tahap kecergasan pelatih serta keselamatan mereka.
Ia boleh memantau kadar denyutan jantung dan suhu badan mereka.
Dalam soal pembelajaran pula, peningkatan akan diterapkan kepada platform online bagi pegawai mengakses kursus-kursus pendidikan.
Contohnya, terdapat modul kerjasama sosial.
Ini bermakna pegawai yang berdaftar untuk mengikuti kursus akan dapat mengambil bahagian dalam perbincangan dan berkongsi pandangan mereka.
Bagi mereka yang memerlukan bantuan untuk memahami konsep yang rumit, mereka boleh memanfaatkan realiti tambahan (AR).
Hanya dengan mengimbas "meme", panduan latihan yang berkaitan akan muncul di skrin.
"Kami mahu menggalakkannya supaya mereka boleh belajar pada bila-bila masa, di mana sahaja, di mana-mana tempat dan pada masa yang sama mewujudkan peluang untuk mereka bekerjasama secara online dan belajar daripada satu sama lain," ujar Encik Anwar Abdullah, Ketua Eksekutif, Akademi Home Team.
Tambah Menteri Perhubungan dan Penerangan, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo: "Ini akan menjadi perjalanan pembelajaran yang berterusan dan sebahagian daripadanya termasuk peningkatan kemahiran digital agar pegawai-pegawai kita boleh memanfaatkan teknologi bagi pekerjaan dan operasi kita."

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.