Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan maritim pertama ASEAN-China diadakan pada bulan Oktober

Dihoskan oleh Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN), lebih 40 pegawai tentera laut dari negara-negara ASEAN dan China - termasuk lima pegawai tentera laut dari Singapura - membangunkan bersama rancangan yang akan digunakan semasa latihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Aug 2018 07:58PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 09:18PM

SINGAPURA: Satu latihan maritim antara ASEAN dengan China akan diadakan di China pada Oktober tahun ini. Demikian diumumkan oleh Kementerian Pertahanan pada hari Jumaat (3 Ogos).

Ini selepas para menteri ASEAN dan pertahanan China bersetuju pada bulan Februari untuk melaksanakan Latihan Maritim ASEAN-China yang pertama tahun ini.

Sebagai persiapan, satu latihan simulasi kecemasan dijalankan dari 2 hingga 3 Ogos di Singapura.

Dihoskan oleh Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN), lebih 40 pegawai tentera laut dari negara-negara ASEAN dan China - termasuk lima pegawai tentera laut dari Singapura - membangunkan bersama rancangan yang akan digunakan semasa latihan.

Rancangan tersebut termasuk menangani insiden maritim seperti operasi mencari dan menyelamat dan pemindahan perubatan. Kod untuk Pertemuan yang Tidak Dirancang di Laut juga digunakan dalam pelan untuk menghampiri kapal-kapal yang dalam bahaya dan pendaratan helikopter.

Latihan itu juga melibatkan simulasi insiden maritim seperti pelanggaran di laut serta kebakaran di atas kapal, untuk mengukuhkan kerjasama dan penyelarasan di kalangan peserta.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan