Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan khas bantu 300 siswa NUS berkomunikasi lebih berkesan dengan golongan kurang upaya

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2023 07:23PM Dikemas Kini : 19 May 2023 09:30PM
SINGAPURA: Sekitar 300 mahasiswa bidang perubatan dari Universiti Nasional Singapura (NUS) menjalani latihan untuk berkomunikasi secara berkesan dengan golongan kurang berupaya (PWD).

Buat masa ini, latihan berbentuk modul itu meliputi daya kurang pendengaran, visual dan pergerakan.

Namun, tidak lama lagi, ia mungkin diperluaskan kepada golongan kurang daya intelek.

Dilancarkan pada Julai tahun lalu, kurikulum itu dihasilkan bersama oleh para doktor dari Poliklinik Universiti Nasional (NUP) dan PWD.

Para penuntut bidang perubatan tahun ketiga diajar cara bagaimana untuk mendekati PWD dengan peka dan empati.

Misalnya dengan menulis atau membaca gerak bibir untuk berkomunikasi dengan seseorang pesakit yang kurang pendengaran.

Maklum balas daripada para penuntut adalah positif.

Menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), lebih satu daripada 10 orang yang berusia 50 tahun ke atas di Singapura mengalami salah satu bentuk kurang pendengaran, penglihatan dan pergerakan.

Memandangkan para doktor jagaan asas memenuhi kebanyakan keperluan masyarakat, PWD menyatakan kursus itu boleh membantu meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang dihadapi golongan kurang upaya.

Ia sekali gus dapat mempertingkat komunikasi antara para doktor dengan pesakit.
Sumber : CNA/AI/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan