Latihan jet pejuang RSAF di Perth mungkin cetuskan bunyi kuat: MINDEF
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail
SINGAPURA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyatakan hasil awal siasatan ke atas bunyi sonik kuat yang dirasai di Perth pada Rabu (21 Ogos) mungkin datang daripada jet pejuangnya.
Empat pesawat F-15 Angkatan Udara Republik Singapura RSAF sedang menjalankan latihan di luar sebuah pangkalan tentera udara di Australia Barat selama tiga minggu sehingga bulan depan.
Dalam satu kenyataan, MINDEF menyatakan pesawat-pesawat F-15 itu sedang melakukan penerbangan sekitar 70 kilometer dari pesisir pantai, pada ketinggian lebih 24,000 kaki atas paras laut di kawasan latihan yang diperuntukkan.
Ia menambah bahawa bunyi kuat itu tidak dijangkakan kerana jet-jet tersebut berada jauh di laut.
Awal dari itu, media Australia melaporkan bahawa bunyi seperti letupan kedengaran dan dirasakan oleh beribu-ribu penduduk Perth.
Ia juga menyebabkan tingkap-tingkap di beberapa kawasan bandar Australia bergegar.
RSAF menghargai sokongan berterusan Royal Australian Airforce dan masyarakat tempatan.
RSAF turut memohon maaf atas sebarang kecemasan yang mungkin berpunca daripada latihan berkenaan.

Sumber : CNA/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.