Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan FPDA ambil kira gangguan rangkaian bekalan di tengah persekitaran geopolitik tidak menentu

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Oct 2022 06:28PM Dikemas Kini : 11 Oct 2022 08:48PM
SINGAPURA: Negara-negara anggota Persetujuan Pertahanan Lima Negara (FPDA) menyatakan pada Selasa (11 Okt) isu gangguan rangkaian bekalan akan dimasukkan dalam latihan tentera pada masa akan datang.

Langkah itu diambil bagi memastikan latihan yang realtik dan FPDA terus kekal relevan.

FPDA ditandatangan pada 1971 oleh Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan Britain di tengah-tengah konflik bersenjata di Asia Tenggara.

Perjanjian itu, memastikan Singapura dan Malaysia mempunyai jalan keluar bantuan sekiranya berlaku serangan bersenjata.

Ketua-ketua pertahanan negara anggota sedang berada di Singapura selama tiga hari, sehingga Rabu (12 Okt) untuk menghadiri satu persidangan.

Mereka akur bahawa keadaan kesihatan sejagat yang semakin pulih, membolehkan latihan dan kegiatan disambung semula secara beransur-ansur.

Negara-negara FPDA mengambil bahagian dalam latihan tentera tahunan termasuk Latihan Bersama Gold dan Bersama Shield, bagi mengukuhkan kerjasama dan membina hubungan yang profesional.
Panglima Angkatan Pertahanan Singapura Leftenan Jeneral Melvyn Ong, yang mempengerusikan sidang itu berkata ketua-ketua pertahanan pertahanan membincangkan usaha mengatasi pengganasan, kegiatan lanun, ancaman-ancaman baru serta bagaimana perang Rusia di Ukraine menyumbang kepada gangguan rangkaian bekalan.

Maka itu, tegas beliau, penting untuk memastikan latihan bersama FPDA kekal relevan.

"Latihan Suman Pelindung, pada hujung tahun ini akan turut mempunyai unsur seperti bantuan kemanusiaan dan operasi bantuan bencana.

"Kami juga masukkan isu gangguan rangkaian bekalan dan operasi tidak bersifat perang," katanya.

Upacara perasmian latiha itu bakal berlangsung di Pangkalan Tentera Laut Changi pada Rabu (12 Okt).

Ia akan melibatkan 261 kakitangan dari lima negara dan Sistem Pertahanan Ibu Pejabat Kawasan Bersepadu FPDA, yang berpangkalan di Malaysia. Sistem tersebut melindungi ruang udara di Semenanjung Malaysia dan Singapura.


 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan