Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan F-16 RSAF masih digantung, perakam data pesawat diambil

Anggaran Waktu Membaca:
 Latihan F-16 RSAF masih digantung, perakam data pesawat diambil

(Gambar: AFP/Paul Crock and CNA/Raydza Rahman)

SINGAPURA: Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) akan masih menggantung latihan F-16 sehingga siasatan menunjukkan semuanya selamat untuk menyambung latihan tersebut.

Demikian menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Khamis (9 Mei).

Penggantungan tersebut dilaksanakan berikutan sebuah jet F-16 terhempas di Pangkalan Udara Tengah sejurus selepas berlepas dalam latihan penerbangan pada Rabu (8 Mei) petang.

Dalam kemas kini kedua mengenai insiden tersebut, MINDEF juga menyatakan perakam data penerbangan pesawat itu sudah diperolehi.

"RSAF sudah mendapatkan perakam data penerbangan pesawat dan sedang bekerjasama dengan pengeluar jet pejuang F-16, Lockheed Martin, untuk menyemak data yang dicatat," menurut kementerian itu.

"Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan daripada Kementerian Pengangkutan juga akan membantu dalam siasatan."

Pengeluar F-16, Lockheed Martin, memberitahu Mediacorp sebelum ini bahawa pihaknya "bersyukur membaca laporan mengenai juruterbang yang dapat menyelamatkan diri daripada pesawat itu".

"Semua komander RSAF mengetuai unit mereka menyemak semula amalan keselamatan dan prosedur kecemasan," tambah MINDEF.

"Berikutan latihan mengkaji amalan keselamatan, RSAF akan menyambung latihan penerbangan pada 10 Mei 2024, kecuali pasukan F-16.

"RSAF terus mengekalkan kesediaan operasinya. Ia sentiasa bersedia untuk melindungi ruang udara Singapura 24/7 menggunakan aset udara dan daratnya."

Pesawat tesebut terhempas selepas juruterbangnya mengalami "isu mengawal jet" sejurus selepas berlepas dari landasan. Beliau berjaya menyelamatkan diri daripada pesawat itu tanpa mengalami kecederaan parah.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan