Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan dapat bantu kekalkan pekerja warga emas namun tidak dilaksanakan banyak syarikat

Satu tinjauan baharu mendapati syarikat-syarikat percaya pelan latihan berkesan untuk mengekalkan para pekerja lebih matang, namun mereka tidak melaksanakan pelan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Latihan dapat bantu kekalkan pekerja warga emas namun tidak dilaksanakan banyak syarikat

Pekerja lanjut usia dalam seragam membungkus makanan tengah hari mereka. (Gambar fail: Calvin Oh/CNA)

SINGAPURA: Satu tinjauan baharu mendapati syarikat-syarikat percaya pelan latihan berkesan untuk mengekalkan para pekerja lebih matang, namun mereka tidak melaksanakan pelan tersebut.

Tinjauan yang dijalankan antara Julai dengan Ogos tahun lalu melibatkan lebih 600 eksekutif dari 16 industri.

Sama ada ia menajamkan kemahiran atau meluaskan pengetahuan seseorang, perniagaan-perniagaan menyatakan kursus-kursus sedemikian bagi warga emas adalah penting.

Tinjauan itu mendedahkan bahawa suku daripada responden yang ditinjau menganggap pelan latihan sebagai cara terbaik untuk memastikan para pekerja lebih matang dapat terus digajikan.

Ini disusuli dengan aturan kerja lebih fleksibel dan sokongan kesihatan serta kesejahteraan.

Ini merupakan antara dapatan tinjauan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Yayasan Tsao, iaitu sebuah pertubuhan bukan mengaut keuntungan khas untuk mempromosi penuaan aktif.

Namun, hasil tinjauan itu tidak serupa dengan yang dilaksanakan.

Hanya kurang sepertiga syarikat-syarikat yang ditinjau menyatakan mereka melaksanakan pelan latihan sedemikian.

Ini berbanding hampir separuh syarikat yang melaksanakan aturan bekerja fleksibel dan 42 peratus yang menyokong kesejahteraan para pekerja.

Atas sebab itu, NTUC dan Yayasan Tsao bersetuju untuk mengkaji cara-cara terbaik bagi melatih para pekerja lebih matang untuk memastikan daya pengambilan kerja mereka.

Dua kajian penyelidikan baharu akan meneroka manfaat menggajikan pekerja lebih matang dan apakah amalan yang boleh membantu mereka untuk kekal berdaya saing.

Perjanjian itu dimeterai di sebuah simposium di mana para pemain industri membincangkan strategi bagi menajamkan kemahiran para pekerja lebih matang.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan