Latihan baharu bantu guru prasekolah tahu apa yang boleh & tidak boleh dilakukan terhadap murid
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menjelaskan apa yang dianggap memukul kanak-kanak, kepada menguruskan emosi mereka dalam bilik darjah.
Dua agensi pendidikan awal kanak-kanak kini melatih para guru prasekolah mengenai apa yang mereka harus dan tidak harus lakukan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Ini menyusuli kes-kes penganiayaan kanak-kanak prasekolah baru-baru ini di beberapa pusat prasekolah.
Latihan yang dilalui para guru pelatih prasekolah itu kelihatan mudah.
Namun untuk benar-benar menerapkannya memerlukan usaha gigih.
Bagi mengatasi kebimbangan orang ramai mengenai kes-kes penganiayaan yang berlaku baru-baru ini, lebih banyak tumpuan kini diberi kepada menjelaskan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan guru dalam bilik darjah.
Latihan-latihan khusus yang baharu itu akan dijalankan oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dan Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-kanak (NIEC).
"Apakah antara senario yang boleh berlaku, contohnya? Memukul kanak-kanak bukan sekadar menggunakan tangan. Mungkin boleh menggunakan pembaris, menggunakan buku. Boleh sahaja menggunakan pelbagai cara atau benda lain untuk memukul seorang kanak-kanak. Jadi bila kami katakan anda tidak boleh pukul kanak-kanak, kami jelaskan secara terang apa tindakan-tindakan yang dilarang," kata Cik Sun Xueling, Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga, Sun Xueling.
Para pendidik di Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) menyokong perkembangan itu, namun berharap pusat-pusat prasekolah dapat memainkan peranan masing-masing.
"Di NIEC, kita beri banyak peluang dan ruang untuk guru-guru untuk mempelajari strategi-strategi yang berkesan untuk mengasuh anak-anak di dalam darjah. Tetapi kita tidak boleh buat ini sendiri sebab kita perlukan sokongan yang kuat daripada sekolah-sekolah untuk memastikan guru-guru ini melakukan, mempraktikkan apa yang mereka belajar," jelas Cik Suraya Saidon, Ketua Program, Pengurusan Fakulti dan Pensyarah Kanan, Kampus bandar NIEC.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.