Skip to main content

Singapura

Latihan antipengganasan dijalankan di pusat penjaja buat pertama kali

Anggaran Waktu Membaca:
Latihan antipengganasan dijalankan di pusat penjaja buat pertama kali

Pegawai polis membantu menyelamatkan orang awam semasa latihan simulasi serangan pengganasan di Pusat Penjaja Marsiling Mall pada 15 Feb 2025. (Gambar: CNA/Lan Yu)

Diterbitkan : 15 Feb 2025 09:18PM Dikemas Kini : 15 Feb 2025 09:25PM
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, sebuah pusat penjaja menjadi lokasi bagi Latihan Heartbeat, iaitu latihan antipengganasan dan persiapan kecemasan.

Kali ini, ia disertai para penjaja di Pusat Penjaja Marsiling Mall.

Dalam simulasi serangan pengganas itu, para penjaja dalam Kumpulan Pemantau Keselamatan dilatih untuk bertindak balas sebelum pasukan kecemasan tiba di lokasi.

Tindakan mereka menunjukkan bagaimana anggota masyarakat yang dilatih boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan bilangan orang yang cedera apabila berlakunya krisis, jelas Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya.
Related article image
Seorang lelaki bersenjata mengacu senjata apinya ke arah pelanggan Pusat Penjaja Marsiling Mall dalam latihan simulasi serangan pengganasan semasa Latihan Heartbeat pada 15 Feb 2025. (Gambar: CNA/Lan Yu)
Latihan tersebut tertumpu kepada menguji respons kecemasan di tempat awam dan sebelum ini pernah dijalankan di sekolah-sekolah dan pusat beli-belah.

Semasa latihan simulasi itu, sebahagian daripada pusat penjaja tersebut disekat.

Lebih 80 pegawai polis dan pertahanan awam terlibat dalam latihan tersebut, yang diadakan dua kali setahun.
Related article image
Pegawai Pasukan Pertahanan Awam menghulurkan bantuan kepada patung manekin, kononnya sebagai mangsa di Pusat Penjaja Marsiling Mall semasa Latihan Heartbeat pada 15 Feb 2025 (Gambar CNA/Lan Yu)
Latihan itu memaparkan pendekatan berbilang agensi Singapura yang mantap dalam memerangi pengganasan dan memastikan kesiapsiagaan kecemasan," kata Penolong Pesuruhjaya Polis Ang Eng Seng, komander Divisyen Woodlands SPF itu.

"Penyelarasan yang lancar antara Home Team dengan rakan kongsi seperti (Kementerian Pertahanan), Marsiling Mall dan pusat penjajanya menunjukkan kesediaan kami untuk bertindak balas terhadap potensi ancaman dan gangguan," kata AC Ang.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita