Latiff Bin Adnan, 85 tahun dilapor hilang; polis rayu maklumat
Polis merayu orang ramai supaya tampil memberi maklumat mengenai seorang warga tua berusia 85 tahun, Encik Latiff Bin Adnan, yang dilaporkan hilang.
(Gambar: SPF)
SINGAPURA: Polis merayu orang ramai supaya tampil memberi maklumat mengenai seorang warga tua berusia 85 tahun, Encik Latiff Bin Adnan, yang dilaporkan hilang.
Menurut kenyataan polis hari ini (8 Mei), Encik Latiff terakhir dilihat di Blok 208 Petir Road pada sekitar 10.15 pagi, 7 Mei 2019.
Beliau memakai kemeja-T Polo, seluar pendek berwarna merah dan hitam serta membawa sebuah beg.
Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta supaya menghubungi talian hotline polis di 1800-255-000 atau mengirimkan maklumat secara online menerusi laman www.police.gov.sg/iwitness.
Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.