Larian SPF200 peringati 200 tahun perkhidmatan polis di S'pura
Pasukan Polis Singapura (SPF) melancarkan siri acara dwiabad dengan acara larian berganti-ganti 200 kilometer, SPF200 Run.
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) melancarkan siri acara dwiabad dengan acara larian berganti-ganti 200 kilometer, SPF200 Run.
Larian tersebut memperingati 200 tahun perkhidmatan polis di Singapura dan bagi mengumpul dana untuk rakyat Singapura yang memerlukan.
Suruhanjaya Polis Hoong Wee Teck mengibarkan bendera bagi memulakan acara larian tersebut pagi tadi (10 Jan).
Dalam masa 24 jam, lebih 300 peserta, termasuk para pegawai polis, polis bersara, anggota perkhidmatan negara serta para sukarelawan akan bergilir-gilir berlari.
Mereka akan melalui 30 tempat polis dulu dan kini seperti Akademi Polis yang lama.
Lebih 3,200 anggota polis, keluarga mereka serta para penerima bantuan akan menyertai fasa larian terakhir di Bendungan Marina pagi esok.
Ia akan berakhir di Hab Sukan Singapura di mana sebuah karnival Hari Keluarga Polis menanti para peserta.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.