Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Larian Majulah' 2,000 km sasar kumpul S$1 juta

Rancangan amal tahunan, President's Star Charity tahun ini bakal menampilkan kumpulan pelari yang terbesar seramai 200 orang bagi "Larian Majulah."

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Oct 2019 11:59PM Dikemas Kini : 19 Oct 2019 12:11AM

SINGAPURA: Rancangan amal tahunan, President's Star Charity tahun ini bakal menampilkan kumpulan pelari yang terbesar seramai 200 orang bagi "Larian Majulah."

Sepanjang lapan hari, mereka akan berlari sejauh 2,000 kilometer dengan harapan untuk mengumpul S$1 juta.

Peserta yang mengambil bahagian berusia antara 11 dengan 87 tahun dan datang dari latar belakang berbeza, termasuk bekas pesakit barah.

Hasil dana yang terkumpul bakal disalurkan kepada 67 badan kebajikan.

Antara yang bakal menghiburkan penonton pada 10 November nanti termasuk kemunculan artis rok Malaysia, Amy Search.

Sebuah sketsa yang membincangkan isu-isu kesihatan mental akan turut dipentaskan.

Berbekalkan pengalamannya sendiri berdepan dengan ahli keluarga yang mempunyai masalah kemurungan, personaliti popular tempatan, Suhaimi Yusof turut terpilih menjayakan sketsa ini.

"Jadi sketsa pada tahun ini, kita akan ketengahkan bahawa, kita jangan berasa segan, seram ataupun lari jauh-jauh apabila ada orang mempunyai masalah seperti itu," kata Encik Suhaimi.

"Ini khususnya (jika berlaku dalam kalangan) kaum keluarga sendiri ataupun sahabat handai; kita sepatutnya bersimpati kepada orang-orang yang mengalami masalah mental ini." 

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan