Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Larian bertema kebaya raikan wanita

Bertepatan dengan Hari Wanita Sedunia, satu acara larian unik dianjurkan bagi penduduk di Woodlands dan Sembawang pada Sabtu (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Fatyn Afiqah Abdul Samad

SINGAPURA: Bertepatan dengan Hari Wanita Sedunia, satu acara larian unik dianjurkan bagi penduduk di Woodlands dan Sembawang pada Sabtu (11 Mac).

Sekitar 90 wanita berkumpul di Woodlands Pavilion Garden bagi acara 'Kebaya Run'.

Ini adalah kali pertama ia dianjurkan oleh Kelab Masyarakat Woodlands.

Anggota Parlimen GRC Sembawang, Mariam Jaafar turut hadir untuk meraikan wanita daripada pelbagai kaum itu.
'
"Saya rasa acara Hari Wanita Sedunia ini, membawa kesedaran kepentingannya kaum wanita dan pentingnya sokongan (yang diberi) kepada aspirasi wanita." kata Cik Mariam.

Para peserta berumur antara 3 dengan 72 tahun.

"Saya berasa amat gembira melihat wanita menjadi satu untuk menyambut Hari Wanita Sedunia. Saya dapat meluangkan masa dengan mereka yang berkongsi minat yang sama." kata Marsya, 17 tahun.

Dia dan rakan-rakannya dijemput oleh Woodlands CC menerusi pasukan mereka, Woodlands Starlings Floorball.

Bukan sahaja kebaya, para peserta yang hadir juga boleh mengenakan pakaian tradisional lain.

"Saya ada kebaya tetapi cucu saya tidak. Saya mahu kami sedondon. Acara ini amat seronok, kami dapat berjumpa dengan jiran-jiran." kata Fiesta, 58 tahun.

Dia dan dua cucunya menyarung cheongsam untuk larian itu.

Larian sepanjang 1 kilometer itu dianjurkan sebagai sebahagian daripada strategi SG Lebih Sihat.

'

"Singapura sedang menceburi transformasi Healthier SG. Jadi lebih banyak program kesihatan di dalam masyarakat. Ini adalah satu acara yang kita buat berlainan supaya lebih ramai akan datang seperti sesuatu tabiat untuk terus melakukan kegiatan sihat," kata Cik Mariam.

'Kebaya Run' diakhiri dengan pembukaan rasmi Woodlands Sports Pavilion serentak dengan cuti sekolah pada Mac.

Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan