Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Larangan PMD di laluan pejalan kaki: Sikap sosial tidak setara keperluan keselamatan

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata larangan menggunakan PMD di laluan pejalan kaki adalah langkah yang perlu kerana kelakuan sosial tidak setara dengan pentingnya menjaga keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Nov 2019 07:48PM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 08:47PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata larangan menggunakan PMD di laluan pejalan kaki adalah langkah yang perlu kerana kelakuan sosial tidak setara dengan pentingnya menjaga keselamatan. Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan stesen radio CNA938 pagi tadi (8 Nov).

Dr Balakrishnan menambah Singapua perlu mencari cara-cara lebih baik untuk menghuraikan masalah itu sambil memastikan keselamatan pejalan kaki.

"Saya sebenarnya amat simpati juga terhadap orang-orang yang menggunakan PMD untuk menghantar makanan. Ia mata pencarian mereka. Kita perlu memandang isu mata pencarian ini dengan serius," kata Dr Balakrishnan.

Beliau menambah perkara yang perlu diberi perhatian adalah akan ada perubahan serta gangguan. Dr Balakrishanan mengulas bahawa hal itu akan berlaku kerap kali.

"Saya tidak memandang perkara ini ke belakang. Saya sering memandang perkara-perkara ini sebagai perlu berubah," ujarnya. 

Sumber : CNA/MM/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa