Larangan PMD di kolong blok, ruang bersama bermula 1 Sep: Majlis Bandaran PAP
Larangan terhadap penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) di kolong-kolong blok dan ruang bersama estet HDB akan berkuat kuasa pada 1 September.
SINGAPURA: Larangan terhadap penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) di kolong-kolong blok dan ruang bersama estet HDB akan berkuat kuasa pada 1 September.
Larangan itu dikenakan oleh kesemua 15 Majlis Bandaran kendalian Parti Tindakan Rakyat, PAP.
Pihak Mediacorp juga sudah menghubungi Majlis Bandaran Aljunied-Hougang yang dikendalikan Parti Pekerja untuk bertanya sama ada ia akan menyusul dengan langkah serupa.
Pengerusi Penyelaras Majlis-Majlis Bandaran PAP, Dr Teo Ho Pin, menekankan bahawa keselamatan para penduduk kekal sebagai keutamaan.
Menurut Dr Teo, majlis-majlis bandaran itu menerima sekitar 190 maklum balas mengenai tingkah laku sesetengah pengguna yang cuai dalam tempoh setahun lalu.
Sebanyak 70,000 kamera polis dan CCTV yang dipasang di kolong-kolong blok dan di dalam lif akan digunakan untuk mengenal pasti para pengguna PMD yang cuai.
Mereka yang tidak mematuhi peraturan akan didenda.
Di bawah undang-undang kecil yang dipinda, majlis-majlis bandaran boleh mengenakan denda terhadap para pengguna tersebut atau mengambil tindakan mahkamah.
Larangan itu bagaimanapun tidak dikenakan terhadap alat-alat bantuan mobiliti peribadi seperti kerusi roda bermotor.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.