Larangan merokok akan dikuatkuasakan di lebih banyak tempat merata S'pura mulai 1 Jul
Anggaran Waktu Membaca:

Seorang lelaki merokok di tempat awam. (Gambar: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Mulai Jumaat (1 Julai) larangan merokok akan dikuatkuasakan di lebih banyak tempat di merata Singapura.
Ia meliputi semua taman awam dan sepuluh pantai termasuk di East Coast dan West Coast serta ketiga-tiga pantai di Sentosa
Larangan itu juga akan dikuatkuasakan di kawasan-kawasan dalam Program Air Aktif, Indah, Bersih atau Air ABC.
Ini termasuk dua paya terapung di Lorong Halus dan Sengkang serta Sungai Kallang.
Bagi membantu para perokok menyesuaikan diri, beberapa zon khas untuk merokok akan disediakan berdekatan pantai-pantai Sentosa dan beberapa taman yang besar.
Sesiapa yang didapati merokok di tempat-tempat larangan baru itu akan diberikan amaran dalam tempoh tiga bulan pertama.
Mulai Oktober pula, pesalahnya boleh disaman sehingga $1,000.
Pada masa ini, merokok dilarang di 49,000 tempat seperti taman kejiranan, kolam air dan hutan simpanan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/IA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.