Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Larangan herba TCM Corydalis yanhusuo dibatalkan Jun ini

Larangan yang dikenakan ke atas herba Corydalis yanhusuo sejak 23 tahun lalu bakal dibatalkan 1 Jun ini. Selepas pembatalan itu, ia boleh diimport dan djiual di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Larangan herba TCM Corydalis yanhusuo dibatalkan Jun ini

Corydalis yanhusuo. (Gambar: Gwyneth Teo)

Diterbitkan : 25 Feb 2018 02:54PM Dikemas Kini : 25 Feb 2018 02:58PM

SINGAPURA: Larangan yang dikenakan ke atas herba Corydalis yanhusuo sejak 23 tahun lalu bakal dibatalkan 1 Jun ini. Selepas pembatalan itu, ia boleh diimport dan djiual di Singapura.

Demikian diumumkan Menteri Negara Kanan Kesihatan Chee Hong Tat di majlis makan tengah hari sempena Tahun Baru Cina hari ini (25 Feb) yang dianjurkan oleh Persatuan Peniaga Perubatan dan Produk Kesihatan Cina.

Corydalis yanhusuo mengandungi tetrahydropalmatine (THP) iaitu bahan semula jadi yang menimbulkan keprihatinan pada 1994 apabila laporan-laporan luar negara menunjukkan pengambilannya boleh merosakkan hati.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Penguasa Kesihatan Sains (HSA) mengharamkan herba itu mulai tahun 1995.

Namun, Corydalis yanhusuo mempunyai kesan pelali dan mengurangkan rasa sakit yang tidak dapat digantikan sepenuhnya oleh herba-herba lain. Oleh itu, HSA menjalankan semakan menyeluruh mengenai keselamatan herba itu dan herba-herba lain yang mengandungi THP.

Menurut Pegawai Bahagian Perubatan Persatuan Peniaga Perubatan dan Produk Kesihatan Cina, Encik Zhu Wen Jun, terdapat sebanyak 82 herba yang biasa digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina (TCM) yang mengandungi THP.

Corydalis yanhusuo juga boleh dimasukkan dalam campuran herba dan juga disediakan dalam bentuk pil dan kapsul.

Selepas menjalankan semakan sepanjang dua tahun, HSA menyarankan pengambilan seharian herba itu dihadkan pada 19 miligram.

Malah, had 10 gram yang ditetapkan Chinese Pharmacopoeia iaitu sebuah teks rujukan TCM, jauh lebih rendah berbanding saranan HSA.

Untuk mengurangkan sebarang kebimbangan, langkah berjaga-jaga tambahan akan dilaksanakan seperti melekatkan label berjaga-jaga pada produk-produk berkenaan. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan