Skip to main content

Singapura

Laporan terakhir pencerobohan besar-besaran data IT SingHealth dibentangkan

Semua pihak yang terlibat dalam siasatan Jawatankuasa Siasatan (COI) mengenai pencerobohan besar-besaran data IT SingHealth membentangkan laporan terakhirnya hari ini (30 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Nov 2018 08:30PM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 09:36PM

SINGAPURA: Semua pihak yang terlibat dalam siasatan Jawatankuasa Siasatan (COI) mengenai pencerobohan besar-besaran data IT SingHealth membentangkan laporan terakhirnya hari ini (30 Nov).

Pencerobohan data paling buruk itu berlaku pada Jun lalu.

Sekitar 1.5 juta data peribadi pesakit termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong digodam.

Semasa tempoh sesi siasatan itu, para anggota COI mendengar keterangan mengenai bagaimana pihak penggodam dengan teliti dan berhati-hati cuba menyembunyikan perbuatannya serta bagaimana kelemahan kakitangan menyebabkan data tersebut dapat diceroboh.

Semasa menggulung sesi itu Peguamcara Negara Kwek Mean Luck mengemukakan 16 saranan bagi mengukuhkan pelan tindak balas yang perlu diambil sekiranya insiden seumpama itu berulang.

Menurut beliau lima daripada saranan-saranan itu dianggap amat penting untuk dilaksanakan.

Pertama - semua pihak dalam sektor jagaan kesihatan perlu mengambil berat soal keselamatan siber.

Kedua - tahap kesedaran para kakitangan perlu dipertingkatkan agar dapat mengesan sesuatu kejadian dengan lebih baik.

Saranan penting ketiga adalah pemeriksaan keselamatan yang lebih baik perlu dilakukan terhadap sistem-sistem penting.

Keempat, akaun-akaun pentadbir harus disemak semula dan yang terakhir perlunya mengadakan pelan tindak balas lebih baik.

Berkaitan hal itu, Integrated Health Systems atau iHis yang mengendali pangkalan data SingHealth mahu mendapatkan khidmat seorang perundingcara bebas untuk memperhalusi langkah menangkis serangan siber pada masa akan datang.

Pihak COI akan menimbangkan kesemua saranan yang diajukan dan laporan penuh akan dikeluarkan pada hujung tahun ini. 

Sumber : CNA/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita