Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laporan tahap kesihatan penduduk S'pura memprihatinkan pemerintah

Laporan tentang tahap kesihatan penduduk Singapura yang bercampur-campur menimbulkan keprihatinan pemerintah, terutama dengan meningkatnya kes darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Nov 2021 07:07PM Dikemas Kini : 18 Nov 2021 10:48PM

SINGAPURA: Laporan tentang tahap kesihatan penduduk Singapura yang bercampur-campur menimbulkan keprihatinan pemerintah, terutama dengan meningkatnya kes darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Data tersebut dikumpulkan hasil Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional yang melibatkan 11,000 orang dewasa.

Lebih 39 peratus penduduk mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, berbanding 35.5 peratus pada 2017.

Kes tekanan darah tinggi juga melonjak 10 peratus dalam tempoh yang sama.

Dalam pada itu, semakin kurang jumlah orang yang melakukan senaman setiap minggu. Bilangannya turun kepada 76 peratus daripada 81 peratus empat tahun lalu.

21 peratus pula mempunyai Indeks Jisim Badan atau BMI yang berisiko tinggi, meningkat 2 peratus.

Namun, kadar merokok turun sedikit bagi tempoh yang sama dan lebih ramai juga telah mendapatkan vaksin selsema. 

Sumber : CNA/IQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan