Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laporan pelan bertindak penuaan yang dikemas kini dilancarkan awal 2023

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu laporan mengenai pelan bertindak yang dikemas kini bagi membantu golongan warga emas meniti usia senja dengan lebih yakin dijangka dilancarkan pada awal tahun depan. 

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung memberikan perkembangan itu pada Sabtu (1 Okt) semasa merasmikan rumah jagaan warga emas yang kedua kendalian Hospital Kwong Wai Shiu di Potong Pasir.

Encik Ong berkata Singapura adalah salah sebuah negara dengan kadar penuaan paling pantas di dunia.

Maka itu, kata beliau, sistem jagaan kesihatan negara mesti bersedia untuk menyediakan khidmat jagaan buat golongan tersebut.

"Kita perlu melihat penuaan secara berbeza. Rumah-rumah jagaan diperlukan tetapi kita perlu mencari cara apabila masyarakat kita semakin menua untuk memelihara semangat setiap orang. Ini adalah satu topik penting.

"Minggu depan, kita akan mengadakan perbahasan di Parlimen, Kertas Putih mengenai SG Yang Lebih Sihat. Saya akan lihat jika saya boleh menerangkan lebih lanjut mengenainya pada minggu depan di Parlimen," ujar Encik Ong. 

Kemudahan baru di Potong Pasir itu menyediakan lebih 400 katil. 

Menurut Encik Ong, kemudahan tersebut akan dapat menyokong Singapura dalam usahanya memerangi pandemik COVID-19.

Ini memandangkan para pesakit boleh dipindahkan ke rumah jagaan, sekali gus membolehkan para pesakit akut mendapatkan rawatan di dalam wad. 

Selain menyediakan khidmat yang biasanya ditawarkan di pusat jagaan warga emas, kemudahan baru itu juga akan membantu golongan warga emas mengakses pelbagai kegiatan bagi membolehkan mereka kekal aktif dari segi fizikal dan mental. 

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan