Laporan pelaburan AS$10 juta dalam syarikat kripto Array adalah 'berita palsu', tegas Temasek
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/ROSLAN RAHMAN)
SINGAPURA: Syarikat pelaburan negara Singapura, Temasek pada Selasa (2 Mei) menolak laporan baru-baru ini yang menyatakan syarikat tersebut membuat pelaburan berjumlah AS$10 juta (S$13 juta) ke dalam sistem mata wang algoritma Array.
Temasek mengeluarkan kenyataan itu di laman webnya, sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai "berita palsu".
"Kami telah melihat rencana berita dan catatan di laman Twitter daripada Array mengenai pelaburan Temasek. Berita ini adalah tidak benar. Temasek tidak melabur dalam Array dan kami langsung tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka," kata syarikat pelaburan negara itu.
Dalam satu ciapan pada Isnin yang sudahpun diturunkan, Array mengucapkan terima kasih kepada Temasek atas pelaburannya, sambil menambah bahawa ia adalah satu "peristiwa penting" bagi syarikat tersebut.
Beberapa berita kripto dan laman kewangan, termasuk Coin Telegraph dan 247WallSt, turut melaporkan pengumuman tersebut.
Array sedang membangunkan sebuah sistem mata wang algoritma yang bertujuan menjadi pilihan lebih stabil berbanding mata wang kripto biasa.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.